NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Persetujuan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Terhadap Dakwaan Korupsi Dan Penyelewengan Institusi Kehakiman

Oleh: YB. HJ. AHMAD AMZAD BIN HASHIM
16 Jamadil Akhir 1440 | 21 Februari 2019 

Lanjutan daripada afidavit Hakim Mahkamah Rayuan YA Datuk Dr Hamid Sultan Abu Baker yang dilakukan baru-baru ini, saya juga bersetuju agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan korupsi dan penyelewengan yang berlaku dalam institusi kehakiman. 

Berdasarkan afidavit tersebut, beberapa pendedahan serius telah berlaku sehingga menjejaskan integriti badan kehakiman dan perundangan negara. Suruhanjaya ini wajar dibentuk dengan segera bagi memastikan keabsahan konsep pemisahan kuasa dan memulihkan keyakinan awam. 

Saya turut berharap agar terma dan pelantikan individu dalam suruhanjaya berkenaan mestilah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak. Pendedahan dalam afidavit tersebut sangat penting kerana ia melibatkan isu-isu kehakiman yang besar dan juga akan mempengaruhi perkembangan politik semasa. 

Sementara itu, saya juga melahirkan kebimbangan keyakinan awam terhadap institusi perundangan dan kehakiman semakin merudum setelah video tari menari Ketua Hakim, Peguam Negara dan individu kontroversi tular di media sosial baru-baru ini. Hal ini juga perlu diberikan perhatian agar wibawa institusi ini tidak diperlekehkan. 

Sekian

YB. HJ. AHMAD AMZAD BIN HASHIM ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu





No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo