NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penunjuk perasaan ves kuning Perancis berhimpun di Geneva

GENEVA: Hampir 1,000 penunjuk perasaan ves kuning dari Perancis dan Switzerland berhimpun di hadapan bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini bagi mengecam keganasan polis Perancis ketika protes.

Beberapa kumpulan dari wilayah berbeza di Perancis menyertai himpunan di Place des Nations pada Rabu, bagi menyerahkan dokumen nama mangsa yang cedera ketika protes untuk diteliti wakil PBB.
"Kami mengambil masa lebih sebulan menyediakan dokumen mangsa untuk semakan wakil PBB, bertujuan menghentikan keganasan pihak kerajaan," kata penganjur himpunan, Nicolas Mollier.

Terdahulu, sekumpulan wakil bebas PBB melahirkan kebimbangan berhubung pengendalian protes ves kuning yang didakwa 'menyekat' hak untuk mengadakan protes.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo