Pengumuman penting mengenai tol untuk pancing undi, kata Najib


BANGI: Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa pengumuman berkaitan tol lebuh raya yang akan dibuat dalam masa terdekat seperti yang dimaklumkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk memancing undi.

Ditemui pemberita di gedung Tesco Bandar Puteri sebaik beliau tiba untuk menemui pengunjung dan penyokongnya, Najib mengingatkan pengumuman "penting" itu dimaklumkan ketika pilihan raya kecil DUN Semenyih sedang berjalan.

"Kalau dia buat waktu pilihan raya nampak sangatlah dia nak pancing undi sebenarnya. Bukan berdasarkan nak tunai janji," katanya.

Muhyiddin dalam satu ceramah umum sempena PRK Semenyih di Beranang baru-baru ini berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan tol lebuh raya dalam sehari dua ini. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan perkara tersebut.

Najib yang mutakhir ini sering mengusik kerajaan tertunggu-tunggu pengumuman itu kerana Pakatan Harapan pernah berjanji tol akan dihapuskan.

"Ini janji kepada rakyat, sekarang rakyat menunggu. Dah lebih 9 bulan. PH dah terlambat 9 bulan sebenarnya," katanya.

Kerajaan pada Ogos tahun lepas mengumumkan langkah menghapuskan tol lebuh raya ditangguh sehingga keadaan kewangan negeri mengizinkan, memandangkan keputusan itu menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan melebihi RM400 bilion.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata penghapusan tol bukan salah satu janji yang perlu dilaksanakan dalam 100 hari pentadbiran kerajaan PH.

Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit di untuk bergambar dan berbual dengan penduduk setempat. Pengunjung dan penyokong didengar mengucapkan "Malu Apa Bossku" apabila ternampaknya.

Pengundi Semenyih akan memilih pada 26 Februari ini.


Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget