NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasangan Bermadu Tarik Perhatian di Ijtimak Siber


KEMAMAN, 16 Februari- Satu keluarga sanggup datang dari utara ke pantai timur semata-mata untuk mendengar sendiri apakah yang dimaksudkan Ijtimak Siber yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.

Yang lebih menarik, mereka merupakan pasangan bermadu yang tidak pernah berenggang untuk menemani suami dalam setiap program dan majlis ilmu.

Soleha Aziz, 48, datang bersama suaminya, Mansor Che Den dan juga madunya, Rosilawati Abd Rahim turut membawa anak-anak bersama sejak semalam.

Mereka yang berasal dari Permatang Pauh sememangnya gemar mengikuti majlis serta program ilmiah menganggap tiada halangan untuk mendapatkan ilmu jika minat dan keinginan mengatasi segalanya.

Soleha berkata, dia dan madunya, Rosilawati sentiasa mengikuti suami mereka pergi ke merata tempat sejak dahulu lagi apabila ada masa terluang.

"Program ni, madu saya yang tengok dalam media sosial, lepas tu kami sepakat nak datang lebih-lebih lagi suami pun nak pergi sekali.

"Kami seronok dapat jalan bersama, satu keluarga mencari ilmu walaupun jauh beribu batu...tetap kami redah,"ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Majlis Ijtimak Siber, di sini hari ini

Bagi Rosilawati pula, dia tertarik dengan penggunaan nama iaitu Ijtimak Siber yang belum pernah digunakan malah diadakan sebelum ini.

"Bila dengan tajuk je, saya tertarik dan memasang niat nak hadir sama. Rasa teruja sangat dapat hadir kat sini lebih-lebih lagi banyak ilmu siber yang kami dapat kat sini,"ujarnya lagi.

Baginya, program sebegini harus diteruskan kerana media memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi tentang semua perkara malah netizen perlu tahu membezakan yang betul dan sebaliknya.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/02/pasangan-bermadu-tarik-perhatian-di.html
( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo