PAS Konsisten Pertahan Kepentingan Islam



Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Riuh rendah seketika suasana politik tanahair ekoran kunjungan hormat YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru-baru ini.

2. Budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan oleh PAS meletakkan PAS dalam gerakan politik yang lebih terbuka dan dinamik.

3. Konsistensi PAS dalam memperjuangkan Islam telah mempertajamkan rencana semasa perjuangannya dalam menghadapi 1001 kemungkinan dipentas politik tanahair.

4. Pada 12 February yang lalu, kita dikejutkan dengan kenyataan berani dan terbuka YAB Tun Mahathir dengan penegasan bahawa beliau akan tukar parti lain jika ada kompenan PH yang belot kepada negara.

5. Tentu sahaja kenyataan YAB Tun itu mempunyai latar belakang yang sangat nyata dan menghimpit beliau sebagai ketua kerajaan pada masa ini. 

6. Saya percaya YAB Tun mula terasa lemas dan rimas dengan sikap parti-parti kompenan PH sekarang khasnya DAP dan PKR dari team Dato Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai saingan beliau untuk mengambil kerusi Perdana Menteri.

7. YAB Tun kelihatan seperti keseorangan dalam PH untuk mempertahankan beberapa dasar dan polisi yang melibatkan kepentingan ummat Islam dan bangsa melayu di Malaysia.

(Sebagai contoh, isu ICERD, isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan, isu pengijtirafan UEC dan lainnya)

8. Pihak kepimpinan PAS kini menghidu gerakan terancang untuk menjatuhkan YAB Tun selaku Perdana Menteri sebelum PRU ke 15 akan datang. 

9. Tentu sahaja gerakan itu mendatangkan kedudukan yang lebih mudarat kepada kepentingan Islam dan bangsa Melayu jika mereka berjaya melakukannya. Terutama setelah dilihat bagaimana dominasi DAP dalam PH hari ini.

10. Justeru itu, PAS tampil juga dengan langkah terbuka dan berani memperakui sokongan parti secara bertulis kepada kepimpinan YAB Tun agar YAB Tun terus memimpin negara sehinggalah PRU 15 kelak. 

11. Sikap yang diambil oleh PAS ini adalah atas prinsip menjaga dan mempertahankan kepentingan Islam di negara ini.

12. Sementara sikap semasa PAS di Semenyih dalam menghadapi Prk kali ini adalah mengekalkan semangat solidariti pembangkang dan PAS telah menurunkan 2 orang Naib Presidennya, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan AJK PAS Pusat disamping PAS Negeri Selangor pastinya turun membantu BN.

13. Insyaallah, saya selaku Ketua Penerangan PAS juga akan turun sedikit masa lagi atas semangat yang serupa dalam koalisi pembangkang yang baik sekaligus memurnikan makna demokrasi negara.

PAS Konsisten Pertahan Islam.


Sekian
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget