NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nik Aziz Afiq sah calon PSM bagi PRK Semenyih


SEMENYIH, 13 Feb (Bernama) -- Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Anggota Jawatankuasa Pusat PSM, S. Arutchelvan yang juga Pengarah PRK DUN Semenyih bagi PSM, berkata Nik Aziz Afiq ialah aktivis rakyat sepenuh masa dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PSM sejak 2017.

"Beliau akan membawa obor anak muda bagi pilihan raya kecil ini, yang mana 45 peratus pengundi ialah orang muda berumur bawah 40 tahun," katanya ketika majlis mengumumkan calon PRK Semenyih bagi PSM, di sini malam ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo