NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Murad Ebrahim angkat sumpah Ketua Menteri wilayah Bangsamoro

MANILA: Kerajaan Filipina, hari ini menyerahkan pentadbiran wilayah dikuasai umat Islam kepada pemimpin pemisah yang melancarkan perang sekian lama bagi menuntut autonomi, tetapi kini ditugaskan mencapai keamanan dan kemakmuran.

Presiden Rodrigo Duterta, secara peribadi menyaksikan cara angkat sumpah Murad Ebrahim, ketua kumpulan pemisah Islam terbesar negara itu, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), sebagai Ketua Menteri sementara pada majlis simbolik di Manila.

Ia dibuat selepas pengundi menyokong penubuhan wilayah Bangsamoro di selatan negara itu, kemuncak perjanjian damai untuk menamatkan pemberontakan pemisah yang sudah meragut kira-kira 150,000 nyawa sejak 1970-an.

Duterte dan Murad, berkata mereka berharap perjanjian itu akan membantu menangkis kebangkitan militan Islam di Mindanao.

“Jalan ke arah kedamaian mungkin panjang dan sukar, tetapi saya gembira kita akhirnya mencapai titik akhir.

“Kebanyakan daripada kita mahu melihat berakhirnya keganasan di Mindanao dan sudah menyebabkan banyak kematian sia-sia,” kata Duterte dalam ucapan selepas angkat sumpah anggota lain kerajaan peralihan Bangsamoro, majoriti dipilih MILF.

MILF pimpinan Murad menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada 2014, dan tahu lalu, Filipin meluluskan undang-undang penubuhan kawasan pentadbiran sendiri, yang kemudian disahkan pengundi.

Murad dan anggotanya akan membentuk Kabinet selain meluluskan undang-undang sehingga susunan sementara berakhir dengan pilihan raya Parlimen wilayah pada Mei 2022.

Sepanjang penggal pentadbiran Murad, sebahagian daripada lebih 10,000 pejuang dijangka meletakkan senjata masing-masing menurut syarat ditetapkan perjanjian damai.

Pemberontakan bermula pada awal 1970-an sebagai usaha menubuhkan negara Islam berasingan di Mindanao.

Pemisah kemudian mengurangkan tuntutan kepada memperoleh kuasa autonomi. — AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo