Menteri Kewangan Perlu Jelaskan Kedudukan Hutang Kerajaan Persekutuan

1. Saya terkilan perasaan syok sendiri Menteri Kewangan dalam kenyataan medianya bertarikh 16 Februari 2019. Beliau hanya menggambarkan beberapa perkembangan positif sehingga mengabaikan keseluruhan prestasi ekonomi sepertimana yang telah didedahkan oleh Bank Negara Malaysia bertarikh 14 Februari 2019. Oleh itu, apa yang didakwa olehnya sebagai kejelasan polisi kerajaan dalam membantu pertumbuhan ekonomi adalah separuh benar (half truth). 

2. Permintaan dalam negeri secara keseluruhannya perlahan. Pertumbuhan masih dijana oleh penggunaan swasta (8.5%) ekoran tempoh ‘tax holiday’ pada Suku Ketiga 2018. Walaupun begitu, pelaburan swasta atau perbelanjaan modal tetap tidak memberangsangkan bagi seluruh sektor ekonomi. Bagi penggunaan dan pelaburan awam juga menunjukkan trend penurunan disebabkan oleh perbelanjaan bekalan, perkhidmatan dan modal terus rendah. 

3. Dari aspek penawaran, setiap sektor ekonomi hanya menunjukkan perubahan yang marginal. Tiada apa-apa perubahan drastik melainkan bagi sektor perlombongan ekoran daripada pengeluaran kembali aktif setelah berlaku penutupan loji pengeluaran bagi tujuan penyelenggaran. Sektor pertanian dan sektor pembinaan bagi subsektor kejuruteraan awam dan subsektor kediaman terus gagal dipulihkan. 

4. Walaupun purata inflasi keseluruhan iaitu 1.0% iaitu kadar paling rendah sejak tahun 2009, Kementerian Kewangan juga harus mengakui ia adalah disebabkan oleh inflasi bukan teras iaitu harga petrol RON95 dan diesel. Sebaliknya, inflasi teras meningkat kepada 1.6%. Kadar inflasi yang rendah adalah kerana kemerosotan pada permintaan bukan disebabkan oleh penurunan kos pengeluaran. 

5. Mengenai hutang Kerajaan Persekutuan, berdasarkan data yang dikemukakan oleh BNM, jumlah keseluruhan hutang berakhir Disember 2018 adalah RM741 bilion. Hal ini bermakna, berlaku peningkatan sebanyak RM54.2 bilion berbanding tahun 2017 (RM686.8 bilion). Walaupun pelbagai bantuan rakyat telah disekat, jumlah tetap meningkat. Bagaimana dengan Tabung Harapan? Mengapa jumlah perbelanjaan pembangunan menokok mendadak daripada RM43 bilion kepada RM55.3 bilion? Ke mana perginya perbelanjaan tersebut? 

Sekian.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget