NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa Keras Dengan DAP?



Oleh: Nik Abduh

Mereka bertanya, mengapa begitu keras dengan DAP? Saya jawab, lihat juga DAP, mengapa mereka begitu keras dengan PAS?

Tiada isu. Ia masih dalam kerangka demokrasi, kebebasan dan persaingan sihat. Ia bukan pertembungan fizikal dan permusuhan zahir. Ia perebutan menguasai minda rakyat.

DAP adalah parti ideologi sebagaimana PAS. Sini Islam, sana liberal. Sini dunia akhirat, sana dunia semata-mata. Sini menjulang Islam sebagai asas bernegara, sana akal manusia mengganti tuhan sebagai asas bernegara.

PAS berpolitik berasaskan kewajiban agama. DAP memusuhi politik berasaskan agama. Maka, persaingan adalah tidak dapat tidak. Ia semulajadi politik dan pemerintahan.

Tiada rasis. Rasis bukan ajaran agama. Tiada kezaliman. Ia bukan ajaran agama. Tiada kebencian sesama rakyat dan masyarakat. Ia bukan daripada agama Islam.

Melayu lain, PAS lain. Cina lain, DAP lain. Ia bukan pertembungan bangsa, bahasa atau warna. Ia pertembungan pemikiran dan halatuju politik. Itulah padang politik demokrasi.

Ia hanyalah ajakan kepada taqwa kepada Allah atau meninggalkannya sebagaimana itulah kehendak DAP untuk orang-orang Islam. Jadi seperti mereka.

Ia adalah persaingan demokratik merebut dan menguasai minda rakyat. Jaga ini baik-baik, Malaysia akan terus aman sejahtera.

PAS menyeru umat Islam, kembalilah kepada Islam yang sempurna, yang sejahtera, yang adil dan yang terbaik untuk negara.

Apabila umat Islam kembali kepada agamanya, maka amat mudah bagi bukan Islam untuk mengenali Islam dan menerimanya untuk Malaysia yang sejahtera.

Begitulah dakwah PAS.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3113957035297279&id=177786515581027

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo