'Mana Clare dapat dana bayar peguam?'


PRK SEMENYIH | Anggota BN yang juga seorang peguam, Adzly Abd Manas mempersoalkan sumber kewangan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown ketika berdepan saman daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Dia berkata sumber kewangan PAS jelas tetapi tiada pihak yang bertanya bagaimana Clare membiayai bayaran guaman.

"Untuk meneruskan kes litigasi ini kosnya amat-amat tinggi. Kita sudah tahu PAS memang dapat (dana) daripada ahli, orang panggil 'tin milo' (tabung derma).

"Tetapi kita tak pernah tanya pun mana Clare dapat duit. Agak-agaknya dia dapat duit daripada mana untuk cari (dan bayar) peguam?" soalnya ketika Program Bual Bicara Santai Bawang Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Taman Kantai Permai semalam.

Adzly mempertahankan keputusan Hadi untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah dengan berkata ia bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa.

"Kalau diteruskan kita hanya menghabiskan masa dan duit nak bayar peguam sahaja. Mana nak cekau duit ni?" soalnya lagi.

Dia turut mempersoalkan langkah Clare yang tidak meneruskan tuntutan balasnya terhadap Hadi walaupun boleh berbuat demikian.

"Dalam kes litigasi, apabila plaintif atau penuntut (claimant) menarik kes, tuntutan balas oleh defendan akan menjadi tuntutan utama (main suit) secara automatik. Maknanya dia (Brown) boleh teruskan saman," katanya lagi.

Dalam penyelesaian luar mahkamah antara Hadi dengan Clare pada 1 Februari lalu, Hadi menarik balik tuntutan daripada defendan; manakala Clare selaku defendanmenarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi; serta tiada perintah berkenaan kos untuk kes itu.


Kedua-dua pihak juga dilaporkan tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini

Abdul Hadi mengambil tindakan undang-undang terhadap Brown di London pada 21 April 2017.

Ia selepas laporan portal Sarawak Report mendakwa pemimpin PAS menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget