NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 1000 Orang Wanita Penjaga Khazanah Ummah Berhimpun

Kota Bharu, 14 Feb - Sekali lagi bandar Kota Bharu bergema dengan suara wanita. Hari ini, seramai 1200 orang peserta berkumpul bagi menghadiri Program Daurah Wanita yang diadakan di dewan Konvensyen Trade Centre, Kota Bharu.

Program ini diadakan sempena Hari Murabbi Ummah menampilkan tiga orang penceramah iaitu YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ustazah Shadiya Abbas dalam forum “Asiah, Wanita Penghuni Syurga” serta Ustazah Datuk Dr Hafizah Musa dalam slot “Wanita Penjaga Khazanah Ummah”.

Wanita yang disinonim sebagai penjaga khazanah ummah kerana dari rahim serta didikan pertama anak-anak bermula dari air tangan wanita.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Hjh Mumtaz Md Nawi, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan dalam ucapannya berkata, “saya berharap hadirat yang hadir hari ini dan wanita seluruh dunia merupakan antara penghuni syurga”.

Beliau juga berkongsi doa Asiah
‎Ų±َŲØِّ Ų§ŲØْŁ†ِ Ł„ِŁŠ Ų¹ِŁ†ŲÆَŁƒَ ŲØَŁŠْŲŖًŲ§ ŁِŁŠ Ų§Ł„ْŲ¬َŁ†َّŲ©ِ

Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga
(Petikan surah At-Tahrim, ayat 11)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Selebriti Dakwah kepada Ustazah Datuk Dr Hafizah Musa.

Like page dan Instagram šŸ¤— untuk dapatkan lebih banyak maklumat ☺☺☺

FB šŸ‘šŸ» https://www.facebook.com/271122743033133/posts/1657709081041152?sfns=mo

IG ✅ https://www.instagram.com/p/Bt3NofVnR3X/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=16wofk686i0ap

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo