Kronologi Asakan DAP Terhadap Tun M


oleh: Dr Kamarul

(1) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 13 Jun 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa tindakan Tun Daim Zainuddin memanggil Tun Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak melampaui bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan adalah “tidak betul dan bercanggah dengan kedaulatan undang-undang”.

(2) Wong Kah Woh, Ahli Parlimen Ipoh Timur, 2 Julai 2018: Kegagalan Tun Dr Mahathir melantik Chong Chieng Jen dan Nga Kor Ming sebagai Menteri adalah “tidak berpatutan”.

(3) Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, 6 September 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM50 adalah “satu penghinaan kepada 15 juta tenaga kerja di Malaysia”.

(4) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 8 Oktober 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa kerajaan tidak menetapkan had masa tertentu bagi memansuhkan Akta Hasutan adalah “sangat dikesali”.

(5) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 18 Oktober 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Manifesto Pakatan Harapan menjadi beban yang besar kepada Pakatan Harapan adalah tidak tepat.

(6) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 10 Disember 2018: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar-desa adalah tidak kena pada tempatnya dan hanyalah satu andaian beliau sahaja.

(7) Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, 11 Disember 2018: Tun Dr Mahathir mungkin tidak mempunyai maklumat yang betul bila menyatakan bahawa pilihan raya tempatan akan membawa kepada konflik perkauman dan meluaskan jurang bandar-desa.

(8) Ronnie Liu, Setiausaha DAP Selangor, 12 Disember 2018: Jika pemimpin UMNO adalah sampah yang tidak berguna, saya berharap Tun Dr Mahathir tidak akan menjadi seorang pengutip sampah dan memasukkan mereka ke dalam BERSATU.

(9) Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, 14 Disember 2018: Semua kemajuan dalam usaha anti-rasuah akan terbatal dan terjejas jika kepimpinan politik gagal memberikan komitmen kepada matlamat menukar Malaysia daripada sebuah kleptokrasi global kepada sebuah negara berintegriti dengan menerima masuk Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-Ketua Bahagian UMNO ke dalam Pakatan Harapan.

(10) Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka, 16 Disember 2018: Penerimaan masuk bekas-bekas pemimpin dan ahli UMNO ke dalam Pakatan Harapan adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat dan ahli-ahli Pakatan Harapan yang telah berjuang melawan rejim Barisan Nasional.

(11) Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi, 13 Februari 2019: Saya tidak fikir penyokong-penyokong Pakatan Harapan mengundi kita untuk melihat UMNO 2.0 kembali berkuasa.

(12) Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, 13 Februari 2019: Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa 7 Ahli Parlimen UMNO yang diterima masuk ke dalam BERSATU telah berubah adalah tidak betul.

(13) Ronnie Liu, Setiausaha DAP Selangor, 13 Februari 2019: Adalah sangat menyedihkan apa yang Tun Dr Mahathir sedang lakukan, menerima masuk sampah seperti ini.

(14) Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan, 17 Februari 2019: Kemasukan BERSATU ke Sabah dan penerimaan masuk ahli-ahli UMNO ke dalam BERSATU perlu dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

(15) Dr Boo Cheng Hau, Ahli Jawatankuasa DAP Johor, 19 Februari 2019: Tun Dr Mahathir perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana tidak mempunyai keyakinan ke atas diri sendiri dan ke atas Manifesto Pakatan Harapan.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget