NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khazanah Tasik Chini Harus Dipertahankan


Oleh: YB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID

1. Isu penerokaan hutan dan perlombongan biji timah tanpa kawalan di Bukit Ketaya dan kawasan berhampiran di Tasik Chini, Pahang telah mencemarkan alam sekitar, menjejaskan kualiti air tasik dan sektor pelancongan juga turut merosot. 

2. Jika isu ini tidak diambil tindakan segera, pada bila-bila masa sahaja Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (UNESCO) akan menarik semula status Rizab Biosfera di Tasik Chini yang dianugerahkan pada Mei 2009.

3. Menurut Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris, Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) akibat pemendapan sedimen telah menyebabkan keluasan tasik semakin kecil dan kedalamannya menjadi semakin cetek. Malah tidak mustahil tasik berkenaan menjadi kering menjelang 2030.

4. Di samping itu, statistik menunjukkan jumlah kedatangan pelancong pada 2017 di Tasik Chini menunjukkan kemerosotan kepada 7,000 orang berbanding lebih 16,000 pada 2016.

5. Dapat dilihat kelonggaran penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasa telah membuka peluang kerakusan pelombong dan peneroka hutan. Pihak Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Sekretariat bagi program Manusia dan Biosfera (MAB) Malaysia yang bertanggungjawab menyelaras hala tuju serta usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia digesa untuk mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah ini.

6. Oleh itu, sewajarnya kementerian berkenaan, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Pihak Berkuasa Negeri Pahang bersama-sama agensi yang terlibat bekerjasama untuk menangani masalah ini dengan serius dan memantau aktiviti pelombong dan penerokaan tanah di sekitar Tasik Chini.


“Islam Memimpin”

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo