Kerjasama UMNO- PAS: Penjelasan SUA Umno

1.Akhir akhir ini terdapat pelbagai usaha kalangan tertentu cuba menimbulkan kesangsian berhubung kerjasama dan muafakat UMNO-PAS.

2)Tujuannya adalah jelas yaitu menyekat kebangkitan rakyat dan kemaraan kedua dua parti terbesar ini dari terus memenangi pilihanraya,khasnya PRK DUN SEMENYIH yg sedang berlangsung sekarang.

3)Sukacita di tegaskan,bahawa  Kerjasama dan Muafakat kedua parti bukan saja di teruskan malah akan di perkasakan lagi.

4)YB DS Utama Mohamed Hassan telah melantik beberapa pemimpin terkanan parti untuk menganggotai satu j/k bersama utk merangka tindakan susulan kearah kerjasama yg lebih kukuh lagi menuju PRU 15.

5)Dalam konteks kempen PRK Semenyih,kita amat berpuas hati dan bersyukur dengan kerjasama yg begitu erat dan kuat antara UMNO dan PAS.Ternyata dlm PRK ini kita mencapai titik kerjasama dan muafakat yg lebih baik lagi berbanding semua prk sebelum ini.Kini kerjasama terjalin di peringkat akar umbi dalam suasana UKHUWAH dan semangat juang yg cukup tinggi

7)Kita sedar muafakat dan kerjasama UMNO-PAS adalah satu satunya jawapan dan penawar bagi kebejatan politik nasional kini khususnya dalam kontek penyatuan dan kesatuan umat islam dan orang Melayu/Kaum bumiputera dlm negara kita.

7)Insyaallah,segala usaha mereka yg sedang di himpit kegerunan UNTUK MENYEKAT DAN MENGHANCURKAN SOLIDARITY INI tidak akan berhasil malah ia memperkasakan lagi keazaman/iltizam dan istiqamah kedua dua parti Islam ini untuk terus bersolidarity dan bermuafakat demi kepentingan UMMAH,AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

Sekian

TAN SRI ANNUAR MUSA
Setiausaha Agong
UMNO MALAYSIA

Sabtu 23 hb feb 2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget