NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan Meyakini Kewibawaan Kepimpinan YAB Tun M



KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR

KERAJAAN NEGERI KELANTAN MEYAKINI KEWIBAWAAN KEPIMPINAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD 
UNTUK TERUS MENERAJUI MALAYSIA SEBAGAI 
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

1. Kerajaan Negeri Kelantan dalam menjunjung semangat federalisma sentiasa memberikan kerjasama terbaik kepada kerajaan Persekutuan khususnya semenjak kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

2. Sehingga kini Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berhubung terus dengan Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengikut portfolio masing-masing sebagai salah satu usaha memperkukuh kerjasama antara negeri dan persekutuan.



3. Kerajaan Negeri Kelantan berkeyakinan dan menaruh kepercayaan kepada kemampuan serta kewibawaan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk menerajui Malaysia dengan jayanya sehingga penghujung penggal ini sekiranya tiada pihak yang mengganggu atau menghalang proses-proses pentadbiran YAB Perdana Menteri.

4. Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik kepada Kerajaan Persekutuan khasnya dalam perkara yang melibatkan kedaulatan agama Islam, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
15 Jamadil Akhir 1440H/20 Februari 2019M


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo