NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan Sebarkan Fitnah - Dr Supyan

KEMAMAN, 16 Februari - Berita atau laporan daripada mana-mana portal hendaklah diteliti terlebih dahulu sebelum disebarkan.

Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Supyan Hussin berkata bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber yang diragui dibimbangi mempunyai unsur-unsur fitnah.

Jelasnya, olahan berita yang berunsur fitnah diolah dengan saluran dan kaedah yang salah tidak akan memberi sebarang manfaat pada Islam.

"Jangan memanjangkan bahan-bahan daripada portal yang berunsur fitnah, tiada manfaat untuk islam.

"Ia bukan beerti kita berhenti menyampaikan kebenaran, tapi olahlah dengan saluran dan kaedah yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ijtimak ketika membentangkan kertas kerja Fungsi Media Baru Melestari Kesedaran dan Kebangkitan Rakyat Malaysia di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman

Hadir sama dalam program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim serta Pendakwah dan Motivator terkenal, Asma' Harun.

Terdahulu program itu dimulakan dengan ucaptama daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu membahaskan tajuk Jaringan Siber Membina Kehebatan Ummah.

Program yang julung-julung kalinya diadakan itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada kemuncak program petang ini.

Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo