Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber



Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber

(Intisari ucapan penutup Ijtimak Siber, Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman)

Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

ومن احسن قولا ممن دعا إلى الله و عمل صالحا وقال إنني من المسلمين
Maksudnya: " Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, dan dia berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam'

Kita adalah umat yang bertanggungjawab meneruskan perjuangan menyampaikan Islam ke seluruh alam.

Dunia akhir zaman, diberi ilmu yang sedikit berbanding Ilmu Allah tetapi begitu canggih dan hebat.

Cukup di akhir zaman dengan seorang rasul kerana maklumat mengenainya dapat diketahui.

Segala berita, hukum-hakam,  tentang alam dilaporkan oleh Quran dengan benar.
Juga teori pemikiran dan lain-lain yang gagal menunjukkan benarnya Quran.

Allah mencabar manusia supaya datangkan seperti Quran tetapi gagal.

Islam tidak mati dengan wafatnya Nabi, tetapi ajarannya mesti disampaikan.

Teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, boleh digunakan untuk serang Islam atau sampaikan Islam.

Allah boleh sahaja pertahankan agamaNya, sebagaimana yang pernah berlaku dalam sejarah manusia, dengan kun fa yakun, tetapi kita mesti menjadi bala tentera Allah, termasuk dalam lapangan siber.

Nabi pernah dibawa dalam peristiwa Israk Mikraj, melihat neraka. Antaranya mereka yang diazab dengan dahsyat kerana sebarkan berita hingga ke seluruh ufuk dunia. Ini disebut 1000 tahun lampau. Kita dapati ia berlaku sekarang melalui alam siber.

Mereka yang ada kemampuan dalam bidang ini mesti pertahankan Islam, lawan balik musuh Islam.

Dalam PRU14 lepas, ramai yang terpengaruh dengan berita dari siber, hingga menyebabkan negara kini dikuasai oleh bukan Islam.

Ayat Quran janjikan pahala kepada orang yang sebarkan kebaikan, walaupun dia telah meninggal dunia. Begitu juga mereka yang berkongsi berita jahat, menulis fitnah dan lain-lain, ia berterusan walaupun sudah meninggal dunia.

Semoga ijtimak siber ini mendatangkan manfaat kepada kita sebagai amal soleh.

Catatan:

Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu

Ketua Lajnah Media Baharu, Dewan Ulamak PAS Terengganu

Sabtu 16 Feb 2019
Kemaman
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget