NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel tayang peluru berpandu jarak jauh baru

Peluru berpandu Israel itu dilengkapi kamera yan mampu 'membunuh diri' pada sasaran serta memusnahkannya. (Gambar Rafael Advanced Defense Systems)
BAITULMAQDIS: Rafael Advanced Defense Systems, syarikat teknologi milik Israel, pada Rabu mempamerkan peluru berpandu jarak jauh darat ke udara baru yang dikenali sebagai "Rocks," lapor agensi berita China Xinhua.

Peluru berpandu dengan teknologi maju itu buat julung kalinya ditampilkan di Aero India Show yang berlangsung di bandar Bangalore pada 20 hingga 24 Feb.

Menurut Raphael, peluru berpandu itu boleh dilancarkan dari jarak yang signifikan, jauh di luar kawasan liputan pertahanan udara musuh, dan mampu bergerak lebih pantas berbanding kelajuan bunyi.

Ini mengurangkan pendedahan pesawat yang dilancar ancaman anti-pesawat dan meningkatkan peluang untuk menembak sasaran dengan tepat.

Peluru berpandu itu juga boleh digunakan terhadap sasaran bergerak dan di arena di mana musuh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengganggu sistem GPS.

Rocks menggunakan sistem GPSnya untuk navigasi perantaraan manakala pengesanan akhir sasaran dilakukan oleh sistem pemprosesan imej dan optik yang maju.

Satu lagi peluru berpandu berteknologi maju yang dipamer di Aero India Show ialah Mini-Harpy keluaran Israel Aerospace Industries.

Sistem baharu ini dapat meneutralkan ancaman radiasi dan mengesan ancaman elektro-optik dengan menggunakan rakaman video berkualiti tinggi.

Peluru berpandu itu, yang dilengkapi kamera, boleh bergerak sebagai satu kumpulan yang mengandungi berpuluh-puluh unit dan "membunuh diri" pada sasaran serta memusnahkannya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/21/israel-tayang-peluru-berpandu-jarak-jauh-baru/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo