Hikayat 90 Juta: 4 Penipu?

HIKAYAT RM90 JUTA : 4 PENIPU?
Oleh: Ahmad Fadhli Shaari

Sejurus selepas SPRM mengesahkan bahawa tiada transaksi yang didakwa RM90 juta ke akaun PAS hasil daripada wang 1MDB, bolehlah disahkan dengan sendirinya bahawa sekurang-kurangnya ada empat individu terdedah kepada diberikan gelaran penipu dalam isu RM90 juta ini. Empat individu ini sewajarnya mendatangkan bukti yang terang dan nyata sebagaimana yang didakwa bahawa PAS (atau dikatakan melalui akaun individu) telah menerima dana RM90 juta daripada UMNO. Mereka ialah :

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli Parlimen Port Dickson yang menyebut bahawa PAS telah mereka cerita konspirasi politik untuk menutup isu siasatan skandal RM90 juta. Kenyataan itu dapat dibaca melalui pautan : http://www.keadilandaily.com/anwar-pas-cuba-tutup-skandal-rm90-juta-dengan-konspirasi-politik/ . Persoalan yang timbul ialah, kenapa PAS cuba menutup skandal yang tidak wujud? Cubaan menutup skandal hanya boleh dilakukan jika skandal itu wujud. Wallahualam jika Anwar Ibrahim pernah terbabit dengan sebarang skandal dan mempunyai pengalaman menutupnya dengan mereka cerita ‘konspirasi politik’ pada tahun 1998 dulu. Apabila ahli parlimen Port Dickson menyatakan PAS cuba menutup skandal RM90 juta, tidakkah ia menunjukkan bahawa beliau mempunyai maklumat bahawa skandal itu wujud? Jika benar demikian, beliau sepenuhnya bertanggungjawab untuk menyerahkan bukti itu kepada SPRM. Jika diandaikan beliau tidak mempunyai maklumat, bolehkah dengan sendirinya dinobatkan sebagai tokoh penipu?

2. Orang kedua, Rafizi Ramli. Menerusi pautan laman portal atas talian https://www.malaysiakini.com/news/378274 dia mendakwa bahawa mempunyai maklumat mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB. Seterusnya, dia membuat kenyataan bahawa individu tersebut ialah mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (https://www.roketkini.com/2017/04/13/akuan-bersumpah-rafizi-dakwa-nasharudin-mat-isa-terima-dana-terkait-1mdb/)  Hari ini, dengan segala kemampuan yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sebagai kerajaan pusat, siasatan polis dan SPRM sewajarnya lebih menyeluruh dan meliputi bukti yang dikatakan oleh calon Timbalan Presiden PKR yang tewas ini. Persoalannya, kenapakah pada hari ini, individu ini hanya diam menikus ketika PAS disiasat dalam isu RM90 juta ini. SPRM wajar memanggil orang ini dan meminta supaya dikemukakan segala bukti yang ada kononnya PAS menerima dana 1MDB. Adakah kegagalan untuk berbuat demikian menandakan bahawa bukti yang didakwa oleh Rafizi Ramli hanyalah cerita dongeng dari mulut seorang penipu?

3. Senator Datuk Haji Husam Musa, yang mendakwa bahawa melihat sendiri dengan mata kepalanya transaksi yang melebihi RM90 juta. Saksikan keyakinan Senator ini di pautan https://www.youtube.com/watch?v=nJYkBznCAzE Sayang sungguh apabila orang seyakin ini dihalang daripada mengeluarkan sebarang kenyataan selepas memberikan keterangan kepada SPRM minggu lepas. Mungkinkah nasihat SPRM itu ekoran bukti yang didatangkan bertaraf cerita sampah? Kita mengimpikan Senator ini membawa bukti transaksi yang didakwa melebihi RM90 juta itu, kita mahu tahu inidividu mana yang menerima nilaian sebanyak itu. Sayangnya, transaksi yang didakwa melalui Affin Bank tersebut gagal dibuktikan sekalipun Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan pada hari ini. Sepatutnya inilah masanya dia membuktikan dakwaannya yang sangat didakwa sangat diyakini sebelum ini, atau dia juga termasuk di kalangan yang menipu itu?

4. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang mendakwa pada bulan Ogos tahun lepas bahawa PAS dan UMNO telah bercium mulut. Kata Menteri Pertahanan yang pernah mengikuti pengajian kulinari di ITM ini, “… UMNO telah membeli beberapa pemimpin PAS dengan wang yang banyak. Kita ada bukti, tunggu perbicaraan di London bulan 4 (April) tahun depan..” Rakaman ucapan boleh dirujuk di : https://www.youtube.com/watch?v=g8QUvZxhDAU Persoalannya, pada ketika perbicaraan di London itu tidak akan berlaku lagi, apakah kesudahan bukti yang didakwa dipunyai oleh Menteri Pertahanan ini. SPRM wajar membuat siasatan kerana menyembunyikan bukti jenayah ialah satu jenayah. Melainkan sebenarnya Menteri Pertahanan tidak mempunyai bukti seperti yang didakwa dan jika demikian, adakah dia seorang pennipu?

Justeru, laporan polis boleh dibuat ke atas empat individu ini yang mendakwa mempunyai bukti terhadap jenayah menerima wang daripada 1MDB. Jika mereka tidak mempunyai bukti sebagaimana yang didakwa, nyata sekali mereka telah mereka-reka cerita dan berbohong di khalayak ramai dengan tujuan khusus untuk menjatuhkan maruah PAS. Sehingga ke hari ini, bukti yang kononnya diketahui oleh mereka masih tinggal sebagai misteri.

Jangan biarkan negara dipimpin dan ditentukan arah oleh sang penipu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget