NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga petrol naik 4 sen, diesel kekal


BANGI, 3 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Harga runcit petroleum bagi RON97 dan RON95 naik empat sen seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 15 Februari.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit RON97 naik kepada RM2.27 seliter berbanding RM2.23 sebelum ini, manakala RON95 naik kepada RM1.97 seliter daripada RM1.93.

"Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

"Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel. Namun, harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu RM2.20 seliter," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran itu sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dinaikkan sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.19 seliter.

"Bagaimanapun, selaras dengan janji Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter sekiranya harganya melebihi paras itu, harga runcit diesel bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari adalah dikekalkan tanpa berubah pada paras RM2.18 seliter," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo