NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dedah butiran lawatan KPN, pegawai PDRM ke Turki: PAS

BANGI, 10 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – PAS menggesa butiran lawatan Ketua Polis Negara serta pegawainya ke Istanbul, Turki yang ditaja syarikat judi, Da Ma Cai didedahkan kepada umum dan diberi penjelasan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, perkara ini boleh menimbulkan konflik kepentingan dan persepsi negatif wujud hubungan antara syarikat perjudian dengan agensi penguatkuasa membanteras jenayah.

"Ironinya, tujuan lawatan mereka adalah untuk mempelajari kaedah membanteras judi haram dari negara luar.

"Siapa pula yang memberikan arahan supaya syarikat perjudian Da Ma Cai menanggung kos lawatan tersebut?," soalnya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan diketuai Tan Sri Mohamad Fuzi Harun serta delegasinya ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Guan Eng berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Justeru, Nasrudin berkata, PAS mahu isu ini dijelaskan kepada rakyat kerana tujuan lawatan KPN dan pegawainya adalah baik tetapi kaedah penajaan berkenaan boleh menimbulkan konflik kepentingan.

"Tambahan pula, banyak polisi kerajaan berkaitan industri dosa yang akan dilaksanakan seperti kenaikan lesen dan duti berasaskan perjudian sekurang-kurangnya 30 peratus bermula pada tahun ini.

"Lebih parah apabila terdapat pandangan yang mencetus kebarangkalian pihak tertentu mahu menggunakan pihak penguatkuasa seperti PDRM untuk kepentingan politik dan perniagaan mereka," katanya.

- ismaweb

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo