NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dap sudah pening dengan Tun M?

DAP SUDAH PENING DENGAN TUN DR MAHATHIR?

oleh: Dr. Kamarul

Tertarik membaca catatan terbuka seorang pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP Pusat dan Setiausaha DAP Selangor bagi sesi 2018-2020, mengenai gerak langkah politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kelihatannya catatan terbuka Ronnie Liu ini seperti memberikan petunjuk bahawa pemimpin DAP, selain meragui Tun Dr Mahathir, sudah pening dengan gerak langkah politik Tun Dr Mahathir sehingga mereka boleh keluar dengan pelbagai perkiraan mengenainya.

Berikut adalah petikan catatan terbuka Ronnie Liu ini:

“Mengapa Dr M memikat MP-MP UMNO? Pandangan baik adalah bahawa beliau mahukan majoriti 2/3 di Parlimen supaya beliau boleh melakukan reformasi. Tetapi seperti P. Gunasegaram telah nyatakan, perubahan-perubahan yang tidak memerlukan majoriti 2/3 sekalipun masih belum dibuat. Jujurnya, agak sukar untuk percaya Dr M lakukan ini supaya beliau boleh melakukan reformasi. Dr M adalah banyak benda, tetapi beliau bukan seorang reformis.”

“Pandangan sinikal adalah bahawa beliau mahu BERSATU menjadi parti komponen terbesar dalam Pakatan Harapan. Kalaupun ini benar, apa manfaat yang boleh diperolehi? Katakan beliau memperolehi 52 MP. Ini menjadikan BERSATU parti terbesar. Beliau masih belum boleh lakukan sekehendak hati beliau kerana gabungan PKR, DAP dan AMANAH masih ada 103 MP.”

“Beberapa ahli teori konspirasi menyebut bahawa mungkin Dr M sebenarnya tidak mahu berada lama dalam Pakatan Harapan dan berharap untuk meninggalkan PKR, DAP dan AMANAH jika beliau boleh menyerap kebanyakan daripada UMNO dan bekerjasama dengan PAS.”

“Mari kita lihat senario itu. Katakan beliau mengambil 30 MP UMNO, kerusi beliau menjadi 52. Jika PAS kemudiannya bersekutu dengan beliau, beliau memperolehi 18 kerusi lagi. Itu menjadikan kerusi beliau 70. Itu belum mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan.”

“Katakan beliau memperolehi 19 kerusi lagi dari Sarawak. Itu menjadikan kerusi beliau 89. Masih jauh dari 112 yang beliau perlukan untuk membentuk kerajaan. Katakan WARISAN menyokong BERSATU (yang diragui boleh berlaku kerana keputusan BERSATU untuk memasuki Sabah baru-baru ini), beliau akan memperolehi 9 kerusi lagi, menjadikan kerusi beliau 98. Beliau masih kekurangan 14 kerusi.”   

“Kalaupun beliau boleh mengumpulkan sejumlah 112 kerusi untuk menguasai kerajaan, ia akan menjadi satu pakatan yang goyah dan tidak stabil. Bila beza kerusi terlalu kecil, sesiapa sahaja dari kalangan 112 boleh menjadi seorang kingmaker. Kamu tidak beri apa saya mahu dan saya akan cabut, menyebabkan kerajaan kamu runtuh!”

“Itu pastinya bukan apa yang Dr M mahu. Jadi, untuk apa beliau lakukan semua ini? Tiada siapa yang tahu. Tetapi satu perkara adalah pasti. Ia bukan satu perkara bagus untuk beliau lakukan.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo