NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

15 terbunuh letupan berkembar di Syria


IDLIB, 14 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Sekurang-kurangnya 15 terbunuh – kebanyakannya orang awam – dalam kejadian letupan berkembar membabitkan dua kenderaan di bandar Idlib, semalam.

Insiden dasyat berkenaan adalah kali pertama berlaku di jalan utama di daerah Kusur Idlib itu, selepas bahan letupan yang diletakkan di bawah kereta diletupkan.

"Orang ramai berkumpul di tempat kejadian selepas letupan pertama berlaku, sebelum letupan kedua tidak lama kemudian di kawasan yang sama," kata ketua agensi pertahanan awam, White Helmets, Mustafa Hajj Yussef.

Kejadian itu turut menyebabkan 79 orang yang lain cedera, menurut pegawai pertahanan awam wilayah.

Kebanyakan bangunan dan kenderaan berhampiran lokasi letupan turut mengalami kerosakan teruk.

Sehingga kini, tiada sebarang pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan dasyat berkenaan.- Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo