NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wisma Tok Guru: Mahkamah tolak injunksi Husam dengan kos RM20,000.00



Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Naib Presiden Amanah Husam Musa untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi memperoleh injunksi interlokutori berkaitan akses bangunan Wisma Tok Guru, sementara menunggu penyelesaian dua tuntutan mahkamah.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Ramly Ali, Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Rohana Yusuf menolak permohonan itu dengan kos sebanyak RM20,000.

Husam memohon mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengenepikan usahanya untuk mendapatkan injunksi interlokutori bagi menghalang mana-mana pihak daripada mengakses bangunan Wisma Tok Guru di Kota Bahru, Kelantan, sehingga status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan oleh mahkamah.

Beliau memohon perintah injuksi itu sementara menunggu dua kes di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Isu perebutan tanah itu bermula selepas tanah tersebut, yang asalnya dimiliki bekas adun Salor, Allahyarham Ahmad Rosli Ibrahim yang menamakan isterinya sebagai pemilik, dijual kepada Mohd Yasin yang juga setiausaha kerja PAS Kelantan, dengan harga RM700,000.

Husam yang merupakan bekas adun Salor mendakwa telah mendapat kebenaran daripada pemilik asal tanah berkenaan untuk digunakan sebagai pusat khidmatnya.

Beliau memfailkan saman pemula terhadap PAS, memohon pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak untuk menduduki tanah itu selepas pemindahan pemilikan.

Mohd Yasin juga memfailkan saman terhadap Husam memerintahkannya untuk mengosongkan premis itu.

Pasukan peguam yang diketuai oleh Gopal Sri Ram yang mewakili Husam manakala Mohd Yasin diwakili pasukan peguam diketuai Tun Salleh Abbas.

-Bernama

PAS nafi akaun beku, wang tunai dirampas

PAS nafi akaun beku, wang tunai dirampas
Oleh Luqman Arif Abdul Karim
luqman.arif@bh.com.my

KUALA LUMPUR: PAS menafikan laporan kononnya beberapa akaun bank dibekukan manakala kenderaan mewah, kedai dan wang tunai dirampas pihak berkuasa, berhubung siasatan dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada UMNO.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika menyanggah dakwaan itu berkata, laporan beberapa portal berita sejak petang tadi berhubung isu itu tidak berasas dan meminta agensi media terbabit mengkaji semula penyiaran artikel berkenaan.

“Saya baru menghubungi pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa yang dilaporkan beberapa portal berhubung rampasan dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan kes PAS adalah tidak benar.

“Saya minta portal yang melaporkan (artikel terbabit) mengkaji balik, kalau tidak kita akan ambil tindakan undang-undang. Saya sudah ‘print screen’ (tangkap layar) artikel berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beberapa portal berita melaporkan, SPRM hari ini merampas beberapa kenderaan mewah, sebuah rumah kedai dan wang tunai selain membekukan beberapa akaun bank berhubung siasatannya mengenai dakwaan bahawa PAS menerima RM90 juta daripada UMNO.

Memetik sumber, portal terbabit mendakwa lebih ramai pemimpin PAS dijangka dipanggil bagi memberi keterangan esok.

Antara kenderaan didakwa dirampas SPRM adalah Toyota Vellfire, Range Rover dan Mini Cooper.

Menurut sumber, rumah kedai berkenaan bernilai RM2 juta, manakala kira-kira RM2.3 juta didapati terkandung dalam akaun bank.

Jumlah wang tunai yang dirampas pula tidak didedahkan.

Komited memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kes dikendalikan SPRM, Takiyuddin menjelaskan, pihaknya cuba menghubungi portal Malaysiakini bertujuan menyelesaikan kekeliruan itu, namun usaha berkenaan gagal apabila semua talian ditutup.

“(Apa yang dilakukan ini) sangat tidak profesional,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/536048/pas-nafi-akaun-beku-wang-tunai-dirampas

Tuduh, Cabar Saman?

Oleh: Idris Hj Ahmad
28/2/19

Tuduh, kemudian cabar saman. Sistem perundangan mana yang dipakai. Sekular pun tidak, Islam lagilah  tidak. Lingkup kalau manusia seperti ini memerintah negara.

Dulu tuduh PAS dapat wang 1MDB, sekarang tuduh dapat duit Umno pula. Terbaru PAS bayar RM1.4 juta pada Sarawak Report. Daripada anak buah hingga ke atas semacam ja.

Bukan hendak mencari kebenaran, tetapi dendam tidak berkesudahan.

Tujuan untuk wujud persepsi buruk terhadap PAS hingga PRU 15, terutama melalui media sosial. Supaya PAS hilang fokus.

InsyaAllah PAS bersedia bertempur di gerbang maya untuk menjawab tuduhan ini.

Idris Ahmad ialah Naib Presiden PAS

Dok Kabo Dok Tahu: "Uptown KT WALK"

Konflik Pakistan-India: Thai Airways, penerbangan lain batal laluan ke Eropah

THAI Airways membatalkan berpuluh penerbangan ke Eropah selepas Pakistan menutup ruang udara negara itu ditengah-tengah ketegangan hubungan dengan jirannya, India.

Pembatalan itu susulan pesawat ke Eropah perlu melalui ruang udara Pakistan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Antara bandar yang terjejas termasuk London, Munich, Paris, Brussels, Milan, Vienna, Stockholm, Zurich, Copenhagen, Oslo, Frankfurt dan Rom.

Selain itu semua penerbangan dari dan ke Pakistan turut dibatalkan.

Bukan hanya Thai Airways, penerbangan antarabangsa lain termasuk Emirates dan Qatar Airways turut mengantung penerbangan mereka ke Pakistan pada Rabu.

Dalam perkembangan yang sama, Singapore Airlines, dan British Airways juga menukar laluan mereka.

Menurut Singapore Airlines, penerbangan syarikat itu ke Eropah akan kekal seperti biasa namun laluan akan ditukar serta tidak akan berhenti untuk mengisi minyak.

Manakala Malaysia Airlines pula tidak melalui ruang udara Pakistan untuk laluan ke Eropah.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-pakistan-india-thai-airways-penerbangan-lain-batal-laluan-ke-eropah-199817

Nabi Muhammad SAW dihina... Apa respon kita???

5G presents security challenge for telcos

5G may just to be too complex to protect it from all attempts at interference. (AFP pic) 

While Washington's concerns that future 5G wireless networks could be vulnerable to spying by China have dominated headlines, businesses have long been pushing to make sure the technology is as secure as possible.

With fifth-generation wireless networks or 5G, starting to be rolled out this year, the issue of 5G security was in focus at the Mobile World Congress trade fair which got underway Monday in Barcelona.

Unlike upgrades of wireless networks in the past, 5G will deliver not just faster phone and computer data but also help connect up cars, appliances, cargo and crop equipment.

Washington has warned that allowing Chinese firms like Huawei to provide the equipment to build 5G networks could leave them vulnerable to spying on the part of China but this is only one of the risks.

5G's much faster speeds, vast data capacity and lower latency – or response time – are expected to underpin entirely new technologies such as self-driving cars and telemedicine – which in turn may attract cyber intrusions by criminals or terrorists.

"There will be more data which will be transferred…it is clear that security is much more complicated," said Yannick Sadowy, the director for telecoms and media at consulting firm Accenture.

Mathieu Lagrange, who is responsible for internet security at com institute, said the risks to 5G's security "were taken into account" when the norms for the technology were established.

But a study by the University of Lorraine in France found that the new wireless network still contains some security holes which were already present in previous networks, 3G and 4G.

5G offers "improved data protection when compared to the previous wireless norms" but "flaws persist and the weaknesses that have been identified" could allow "several cyber attacks and have an impact on the protection of privacy," it said.

Experts say the architecture of 5G networks also presents entirely new security challenges.

Fifth generation wireless networks use "network virtualisation", which refers to moving some resources which have traditionally been delivered in physical hardware to a virtual software-based network.

It is designed to allow the network to make better use of data transfer rates and provide more flexibility to 5G networks.

"Operators are moving from a hardware system to a virtualised and fully automated one," said Darren Anstee, technology director at Netscout, which provides software for networks.

"Security is about visibility when you can't see everything on your network, this is when you have a problem," he added.

Nothing 100% secure

5G allows for the available bandwidth to be split up into channels, each of which is independent of others and can be separately secured, which some experts say can help boost security.

"We can create a kind of micro-networks, with different levels of security. The idea is to compartmentalise the network according to different uses," said Laurent Boutet, a systems engineer at US computer networking company F5Network.

Mobile communications industry body GSMA, which stages the Mobile World Congress, estimates the number of connected devices will triple to 25 billion by 2025.

For Dexter Thillien, an analyst at Fitch Solutions, the main challenge for security is this rise in the "number of entry points, considering the exponential number of objects which will be connected."

"From the point of view of security, the network itself is secondary," he said.

"You have to keep in mind that nothing will ever be 100% secure. We still don't have a precise idea of how billions or even trillions of connected objects could affect networks, it is still unknown at this point," said Thillien.


Tahukah anda: Jalan Ke Jambatan Sultan Mahmud Dibuka Dua Hala?

Peta aliran lalulintas yang diubah.
KUALA TERENGGANU, 28 Februari - Jalan sehala menghala ke Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu ditukar menjadi dua hala bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Terengganu dalam satu kenyataan memberitahu, penukaran aliran lalu lintas sehala kepada dua hala yang dibuat pihaknya akan melibatkan semua pengguna.

Selain itu, papan tanda lalu lintas akan dipasang di tapak jalan berkenaan sebagai panduan orang ramai.

Perubahan itu dibuat untuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada semua pengguna jalan raya.


Menurut kenyataan itu juga, pengguna diharapkan agar mematuhi tanda arah dan papan tanda untuk melancarkan aliran trafik.

Pengguna juga boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6687000, faks 09-6227111 untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

UMMAH berhimpun tuntut kerajaan bertindak tegas kepada penghina agama






BANGI, 23 Jamadilakhir 1440H, Khamis – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bakal mengadakan himpunan aman di Masjid Negara selepas solat Jumaat esok, bagi menuntut kerajaan bertindak tegas kepada penghina-penghina agama yang semakin berleluasa kini.

Pengerusi UMMAH, Hj Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya ingin meminta kerajaan terutama pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk melaksanakan langkah yang lebih baik bagi membendung perkara-perkara sedemikian.

"Kita nak beritahu juga isu kerharmonian kaum selalu diganggu-gugat oleh bukan Islam. Ini perkara sensitif dan mereka perlu lebih peka.

"Jika tidak ada perubahan maka kita tak teragak-agak untuk buat himpunan yang lebih besar daripada esok," katanya kepada Ismaweb.net.

Pada masa sama, Aminuddin yang juga merupakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengharap agar Majlis Raja-raja dapat memainkan peranan kerana isu agama ini di bawah kuasa raja-raja.

Sebelum ini, beberapa individu tidak bertanggungjawab dilaporkan telah bertindak melampau menghina Nabi Muhammad ‎ļ·ŗ secara terbuka sehingga mengundang kemarahan umat Islam.

Politik Syaitan 'Old Nick'

oleh: Abdul Mu'izz Muhammad
27 Febuari 2019.

Machiavelliasnisme sering kali dikaitkan dengan konotasi negatif. Ia merujuk kepada cara berpolitik yang serba licik demi mencapai tujuan yang dihajati.

Ajaran ini dicetuskan oleh seorang ahli falsafah & politik Itali yang bernama Niccolo Machiavelli (1469-1527). Beliau menulis buku yang diberi judul 'The Prince'. Ia juga sinonim dengan kaedah politik 'Matlamat Menghalalkan Cara'.

 Trivia.

• Old Nick merupakan nama bagi watak syaitan yang direka oleh masyarakat Eropah. Nama tersebut merujuk kepada Niccolo Machiavelli.

• Karya Machiavelli pada asalnya ditulis tanpa judul. Sebaliknya pihak penerbit yang meletakkan judul 'The Prince' pada buku tersebut. Ia mula diterbitkan selepas 5 tahun kematian Machiavelli

• Machiavelli tidak pernah menyatakan secara literal akan kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Sebaliknya kaedah tersebut merupakan rumusan para pengkaji yang cuba menyimpulkan konsep politik Machiavellianisme.

⚫ Tabiat Hayawani Politikus.

Niccolo Machiavelli hakikatnya tidak mencipta kaedah politik yang baharu. Sebaliknya beliau merumuskan tabiat pergelutan kuasa yang dialami oleh manusia secara realistik. Sudah semestinya tabiat manusia penuh dengan tipu muslihat & pentingkan diri sendiri.

Disebabkan itu politikus yang obses dengan pengaruh & kuasa, mereka tidak perlu membaca buku 'The Prince'. Ini kerana, mereka telah sedia memiliki DNA Machiavellianisme. Cukup apabila berpolitik secara pragmatik, seseorang secara tabi'i akan melakukan satu persatu tips yang telah digariskan oleh Machiavelli.

⚫ Realisme.

Machiavelli cuba mengubah perspektif politik dari idealistik kepada realistik. Dari berbicara 'apa yang sepatutnya' secara hipokrit, adalah lebih baik berfikir 'bagaimana memanfaatkan realiti' agar beroleh kuasa secara efektif.

Disebabkan itu, Machiavelli turut dikenali sebagai ahli falsafah politik yang menekankan konsep realisme. Realiti politik penuh dengan persaingan tanpa moral. Itu hakikat.

Maka dalam ajaran realisme, seseorang politikus harus fokus mendapatkan kuasa tanpa perlu mementingkan soal moral & prinsip. Yang penting adalah beroleh kuasa.

Politik bukan medan untuk bersaing siapa baik & siapa jahat. Sebaliknya persaingan politik adalah medan untuk masing-masing berebut bagi memanfaatkan peluang untuk berkuasa.

Nilai moral boleh direka-reka sesuai dengan justifikasi kepentingan masing-masing. Ia perlu dipersembahkan secara menawan & berkesan. Agar mampu mempengaruhi orang ramai supaya bersama dengan kepentingan yang dihajati oleh politikus.

⚫ Asalkan Sanggup.

Terdapat beberapa kesanggupan yang perlu ada pada politikus Machiavellianisme:

• Sanggup jadi jahat & membuang moral.
• Sanggup menipu.
• Sanggup berlakon.
• Sanggup mempertaruhkan prinsip.
• Sanggup memperbodohkan rakyat & pengikut.

Kesemua jenis kesanggupan ini, adalah resepi untuk beroleh kuasa secara pragmatik. Dalam pergelutan kuasa, kejujuran dianggap sebagai satu kebodohan. Sementara licik menipu, adalah nilai karismatik dalam kamus politik realisme.

Demi meraih sokongan orang ramai, politikus perlu bijak berlakon memainkan pelbagai watak. Ada waktu perlu kelihatan gagah, maka perlu berlagak kuat. Ada waktu perlu meraih simpati, maka tidak mengapa menangis di khalayak ramai. Asalkan dapat meraih sokongan semaksimum mungkin.

Politikus Machiavellianisme juga perlu peka mengesan titik-titik sensitif yang ada pada golongan sasaran, untuk dimanipulasi secara emosional. Mainan emosi amat penting.

Samada untuk melahirkan reaksi sokongan yang menguntungkan mereka, atau reaksi penolakan terhadap musuh yang juga tetap menguntungkan mereka. Disebabkan itu, politikus yang menganut Machiavellianisme lebih cenderung suka membodohkan rakyat bawahannya.

Jika rakyat bawahan pandai, akan melahirkan banyak pertikaian & bangkangan. Adapun jika rakyat bawahan bodoh, maka senanglah untuk minda mereka dikuasai & emosi mereka dieksploit. Taktik ini jugalah yang diaplikasikan oleh Firaun, demi mengekalkan sokongan rakyat Mesir kepadanya.

⚫ Pertahanan Kuasa.

Machiavellianisme bukan sekadar mengajar kaedah mendapatkan kuasa. Bahkan yang lebih sukar adalah mempertahankan survival kuasa.

Jika dibandingkan samada mahu jadi penguasa yang disayangi, atau menjadi penguasa yang ditakuti, adalah lebih selamat untuk menjadi penguasa yang ditakuti.

Logik yang dikemukakan oleh Machiavelli, boleh sahaja rakyat mengkhianati penguasa yang mereka sayangi. Sebaliknya kalau penguasa itu ditakuti, rakyat tidak akan berani menentangnya sungguhpun mereka tidak bersetuju dengannya.

Begitu juga demi mempertahankan kuasa, seorang pemimpin perlu menghapuskan pesaingnya tanpa perlu mengotorkan tangannya. Tugasan tersebut perlu diserahkan kepada orang bawahannya secara sulit.

Jika terbongkar, orang bawahannya yang menjadi mangsa sebagai kambing hitam. Sementara imej dirinya kekal suci & selamat.

⚫ Fitnah Akhir Zaman.

Kelicikan cara berpolitik Machiavellianisme sering kali dikaitkan dengan karektor syaitan 'Old Nick'. Licik & lincah mengambil kesempatan.

Demi survival kuasa & pengaruh, sanggup menipu, memfitnah hatta membunuh sekalipun. Bakat-bakat politik seperti ini semakin subur membiak di ambang berlakunya kiamat. Gejala inilah yang telah diingatkan oleh Nabi:

ŁŠَŁƒُŁˆŁ†ُ ŲØَŲ¹ْŲÆِŁŠ Ų£َŲ¦ِŁ…َّŲ©ٌ Ł„َŲ§ ŁŠَŁ‡ْŲŖَŲÆُŁˆŁ†َ ŲØِŁ‡ُŲÆَŲ§ŁŠَ ، ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ³ْŲŖَŁ†ُّŁˆŁ†َ ŲØِŲ³ُŁ†َّŲŖِŁŠ ، ŁˆَŲ³َŁŠَŁ‚ُŁˆŁ…ُ ŁِŁŠŁ‡ِŁ…ْ Ų±ِŲ¬َŲ§Ł„ٌ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØُŁ‡ُŁ…ْ Ł‚ُŁ„ُŁˆŲØُ Ų§Ł„Ų“َّŁŠَŲ§Ų·ِŁŠŁ†ِ ŁِŁŠ Ų¬ُŲ«ْŁ…َŲ§Ł†ِ Ų„ِŁ†ْŲ³ٍ

"Selepasku akan muncul para pemimpin yang tidak mengikuti petunjukku. Dan mereka tidak mengikuti sunnahku. Di antara mereka adalah orang-orang yang berhati syaitan, berbadan manusia " - hr Muslim.


Didik anak mencintai Rasulullah ļ·ŗ



Oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi

1. MENURUT al-Imam al-Suyuti, Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Ali supaya mendidik anak-anak dengan tiga sifat utama. Perkara pertama yang disebut oleh Rasulullah adalah menanam rasa cinta kepada Rasulullah iaitu dengan menjadikan Rasulullah sebagai idola (contoh dan qudwah) dalam kehidupan mereka. Sabda Baginda Nabi:

Ų£ŲÆِّŲØُŁˆŲ§ Ų£ŁˆْŁ„Ų§ŲÆَŁƒُŁ…ْ Ų¹Ł„Ł‰ Ų«Ł„Ų§Ų«ِ Ų®ِŲµŲ§Ł„ٍ Ų­ُŲØِّ Ł†َŲØِŁŠِّŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ­ُŲØِّ Ų£Ł‡ْŁ„َ ŲØَŁŠْŲŖِŁ‡ِ ŁˆŁ‚ِŲ±Ų§Ų”َŲ©ِ Ų§Ł„Ł‚ُŲ±Ų¢Ł†ِ ŁŲ„ِŁ†َّ Ų­َŁ…َŁ„َŲ©َ Ų§Ł„Ł‚ُŲ±Ų¢Ł†ِ ŁِŁŠ ŲøِŁ„ِّ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ų§Ł„Ł‚ِŁŠŲ§Ł…َŲ©ِ ŁŠَŁˆْŁ…َ Ł„َŲ§ ŲøِŁ„َّ Ų„Ł„Ų§َّ ŲøِŁ„ُّŁ‡ُ Ł…َŲ¹َ Ų£Ł†ْŲØِŁŠŲ§Ų¦ِŁ‡ِ ŁˆŲ£ŲµْŁِŁŠŲ§Ų¦ِŁ‡ِ

Maksudnya: "Didiklah anak-anak kamu tentang adab terhadap tiga perkata iaitu (1) mencintai Rasulullah, (2) mencintai ahli keluarga Baginda (3) serta ajari mereka membaca al-Quran. Sesungguhnya mereka yang menguasai al-Quran akan berada dibawah naungan Allah pada hari akhirat nanti bersama para Nabi dan orang2 soleh."

2. Sekalipun al-Imam al-Munawi meletakkan hadith ini sebagai lemah (daif), namun dari aspek maksudnya, ianya adalah sangat benar. Ini bertepatan dengan hadith sahih yang menyebutkan bahawa tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dengan mencinta Rasulullah, dengan menjadikan Rasulullah sebagai orang yang paling dicintainya. Sabda Nabi:

Ł„Ų§َ ŁŠŲ¤Ł…ِŁ†ُ Ų£َŲ­َŲÆَŁƒُŁ… Ų­َŲŖّŁ‰ Ų£َŁƒُŁˆŁ†َ Ų£َŲ­َŲØّ Ų„ِŁ„َŁŠŁ‡ِ Ł…ِŁ† ŁˆَŁ„َŲÆِŁ‡ِ ŁˆَŁˆَŲ§Ł„ِŲÆِŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„Ł†ّŲ§Ų³ِ Ų£َŲ¬Ł…َŲ¹ِŁŠŁ†َ

"Tidak sempurna iman kamu sehingga dia menjadikan aku orang yang paling disayanginya, lebih dari anak, ibubapa mereka serta seluruh manusia."

3. Dengan sebab itu para sahabat mendidik anak-anak mereka dengan Sirah Rasulullah sejak dari kecil. Ini supaya membina tasawur (gambaran) yang jelas tentang siapa idola mereka yang akan membentuk attitude serta corak pemikiran mereka.

4. al-Imam Ibn Kathir merekodkan kata-kata Ali ibn Husain (sebahagian menyatakan Sa'd ibn Abi Waqas) menyebut bahawa: Kami mempelajari tentang selok belok kehidupan dan peperangan Nabi (al-Maghazi) sepertimana kami mempelajari al-Quran. Kata Ali:

ŁƒŁ†Ų§ Ł†ُŲ¹Ł„َّŁ… Ł…ŲŗŲ§Ų²ŁŠ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ Ł€ ŲµŁ„Ł‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… Ł€ ŁƒŁ…Ų§ Ł†Ų¹Ł„Ł… Ų§Ł„Ų³ŁˆŲ±Ų© Ł…Ł† Ų§Ł„Ł‚Ų±Ų¢Ł† "

"Sesungguhnya kami mempelajari peperangan (Sirah) Rasulullah seperti mana kami mempelajari Surah daripada al-Quran.

5. Begitu juga Ibn Uqayl yang mendatangi Jabir ibn Abdulullah, seorang sahabat yang masyhur. Ibn Uqayl bertanyakan kepada Jabir tentang sirah Rasulullah lalu ditulisnya bagi tujuan generasi akan datang.

6. Al-Imam al-Zuhri pula menegaskan bahawa mempelajari sejarah Baginda adalah ilmu yang merangkumi dunia dan akhirat. Dari aspek dunianya, ia membina jati diri anak tersebut, dan dari segi akhiratnya ia mudah-mudahan akan ditempatkan bersama para Nabi. Kata al-Imam al-Zuhri:

. ŁˆŁƒŲ§Ł† Ų§Ł„Ų²Ł‡Ų±ŁŠ ŁŠŁ‚ŁˆŁ„ : Ų¹Ł„Ł… Ų§Ł„Ł…ŲŗŲ§Ų²ŁŠ ŁˆŲ§Ł„Ų³Ų±Ų§ŁŠŲ§ Ų¹Ł„Ł… Ų§Ł„ŲÆŁ†ŁŠŲ§ ŁˆŲ§Ł„Ų¢Ų®Ų±Ų©

"Kata al-Imam al-Zuhri: Sesungguhnya ilmu sejarah peperangan Nabi (Sirah Rasulullah) adalah ilmu buat bekalan dunia dan akhirat."

7. Menanamkan rasa cinta Rasul dengan mengajarkan mereka sejarah kahidupan Baginda adalah bertujuan menjadikan Rasulullah itu sebagai panduan hidup mereka. Ini seiring dengan saranan al-Quran bahawa Rasulullah itu adalah contoh, qudwah buat kaum Muslimin.

8. Kecuaian kita dalam perkara ini barangkali menghasilkan generasi yang meletakkan penilaian yang tidak benar berhubung idola dalam kehidupan mereka sehingga menjadikan artis sebagai idola mereka. Bahkan mereka tidak rasa sensitif bila Rasul mereka dihina.

Semoga Allah membimbing kita semua.

PRK Rantau: PAS beri sokongan kepada BN

SEREMBAN, 27 Feb (Bernama) -- PAS akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei Mustapha berkata keputusan itu berdasarkan persefahaman yang dicapai kedua-dua parti sebelum ini untuk saling membantu.

“Kemungkinan besar Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan) sendiri akan pertahankan kerusi itu. Dalam hal ini, PAS memberi laluan kepada calon BN untuk bertanding (di DUN Rantau),” katanya kepada pemberita di sini.

Saya nampak sekumpulan lelaki pukul seseorang, saksi beritahu inkues Adib




SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, beliau ternampak beberapa lelaki memukul, menendang dan memijak badan seorang individu di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, pada 27 November lalu.

Mualaf, Nasaruddin Abdullah berkata, kumpulan lelaki itu menyerang mangsa sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

"Selepas van (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) bomba berpusing, saya nampak 30 orang mengelilingi seseorang dan mereka mencarut.

"Saya perhatikan gerak-geri 30 orang itu seolah-olah memukul seseorang. Nampak mereka buat bulatan, nampak macam menendang, menumbuk ke arah bawah dan memijak," kata saksi ke-17 inkues itu dalam bahasa Tamil di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Nasaruddin berkata, kejadian itu berlaku kurang seminit sebelum kumpulan lelaki itu melarikan diri ke arah kuil, selepas mendengar jeritan "polis datang".

Bagaimanapun, beliau tidak pasti jika lelaki yang mengelilingi individu terbabit bersenjata.

Beliau berkata, selepas kumpulan terbabit bersurai, beberapa individu tampil mengusung lelaki berseluar celoreng itu.

"Individu berseluar bomba itu diusung tanpa memakai baju, sambil seorang lelaki merakam video," katanya ketika ditanya pegawai pengendali, Hamdan Hamzah pada hari ke-11 inkues.

Pada 18 Februari lalu, saksi ke-9 inkues itu yang juga anggota Jabatan Pertahanan Awam, R Narresh dilaporkan berkata, beliau ternampak kesan tapak kasut pada rusuk kanan Adib ketika memeriksa kecederaan pada badan anggota bomba itu.

Adib yang juga anggota van EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam keganasan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, pada 27 November lalu.


Inkues Adib: Adib tunjuk isyarat ditarik, angguk bila ditanya dipukul

SHAH ALAM: Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menunjukkan isyarat ditarik pada bahagian bahu dan mengangguk sebaik sahaja ditanya benarkah dia dipukul.

Itu pendedahan yang dibuat berdasarkan keterangan saksi ke-16, Muhammad Ashraff Baruji yang merupakan seorang Pembantu Pegawai Pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).

Pegawai pengendali kes, Hamdan Hamzah menyoal Ashraff sekiranya dia ada bertanya kepada Adib berhubung kecederaan yang dialaminya.

Ashraff pernah bertanya kepada Adib sama ada beliau ingat apa yang telah terjadi, namun Adib hanya menggelengkan kepala.

Bagaimanapun Ashraff memberi ruang kepada Adib dan bersedia untuk mendengar sekiranya Adib telah bersedia untuk menceritakan perkara itu.

Jelas Ashraff, ketika dia mula beredar dari katil apabila tiba-tiba tangan Adib menarik lengan bajunya dan menunjuk isyarat mahu menulis.

Ashraf memberitahu dia memberi Adib papan putih dan bertanya 'Adib kena tarik ke?' Adib kemudian menggunakan tangan kirinya dan membuat isyarat ditarik di bahagian bahu.

Ashraff dalam keterangannya bertanya lagi kepada Adib sekiranya dia terjatuh, namun Adib hanya menggelengkan kepala dan membuat isyarat memusingkan pergelangan tangan kiri.

Ashraf bertanya lagi.. "Adib ingat Adib dipukul ke?" Adib kemudiannya dikatakan mengangguk sebagai respon kepada soalan yang ditanyakan Ashraff itu.

Dalam prosiding inkues yang telah memasuki hari ke-10 ini, saksi sama turut menceritakan, dia sering bertukar cerita bersama Adib dan berkomunikasi bersamanya menggunakan bahasa isyarat dan menulis di papan putih.

Suasana di dalam Mahkamah Koroner turut bertukar emosi apabila saksi mula sebak menceritakan pengalamannya sepanjang merawat Adib di IJN.

Muhammad Ashraff antara pegawai perubatan yang mengikuti rapat terhadap tahap kesihatan Muhammad Adib.

Prosiding di hadapan Koroner Rofiah Mohammad pada sesi petang Selasa tamat jam 5 petang dan bersambung semula pada Rabu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/inkues-adib-adib-tunjuk-isyarat-ditarik-angguk-bila-ditanya-dipukul-199659

Hina nabi: PAS Negeri Sembilan buat laporan polis


SEREMBAN, 22 Jamadilakhir 1440H, Rabu – PAS Negeri Sembilan hari ini membuat laporan terhadap dua pemilik akaun Facebook berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Laporan polis itu dibuat oleh Pemangku Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini pada pukul 9.00 pagi.

"Laporan polis ini adalah untuk meminta kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun ini dan dibawa ke muka pengadilan serta menghukum mereka seperti yang pernah dilakukan sebelum ini supaya menjadi peringatan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Pemilik akaun itu didakwa telah memuat naik karikatur dan penulisan biadap terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA dalam akaun Facebooknya manakala seorang lagi pemilik akaun berkenaan, turut memburukkan Nabi Muhammad dengan mengeluarkan komen jelik bahawa agama Islam adalah agama dajjal selain agama yang diciplak daripada agama Kristian.

Rafiei berkata, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan ketegangan antara agama berlaku. – Bernama


"Hina Nabi: Demonstrasi Bantahan Seluruh Negara"

Perlakuan mencerca atau menghina agama, negara, bangsa hatta individu sekalipun, adalah tindakan melampau lagi ekstrem. Kerana ia umpama menembak langsung ke jantung hati. Radikalnya bukan sekadar boleh mengakibatkan pergaduhan atau rusuhan, bahkan api peperangan bersenjata. Demikian bahaya sewenangnya dicetuskan itu, maka pelaku dalam isu ini mesti ditangani secara serius.

oleh: YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM

1. Persepsi awam sedang merebak dengan perasaan sangsi ekoran individu yang menghina Rasulullah S.A.W telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ketiga dia direman. Walhal isu ini sangat sensitif yang meragut ketenangan umat Islam di mana mencetus emosi marah. Paling dikhuatiri sekiranya berlaku tindak balas luar kawalan yang tentunya menggugat ketenteraman awam.

2. Perlakuan mencerca atau menghina agama, negara, bangsa hatta individu sekalipun, adalah tindakan melampau lagi ekstrem. Kerana ia umpama menembak langsung ke jantung hati. Radikalnya bukan sekadar boleh mengakibatkan pergaduhan atau rusuhan, bahkan api peperangan bersenjata. Demikian bahaya sewenangnya dicetuskan itu, maka pelaku dalam isu ini mesti ditangani secara serius.

3. Sikap celupar, kurang ajar dan biadab ini dilihat semakin berleluasa dilakukan dengan berani di era Malaysia Baharu yang diterajui PH. Ironinya, terjadi lantaran keangkuhan dan kerakusan yang dibayangi DAP mengusik banyak terma asas tonggak negara. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap kedudukan dan hak berkaitan Islam, Melayu dan Bumiputera cuba dirombak.

4. Natijahnya, berkembang sikap fanatik dan sentimen perkauman serta agama hingga hilang rasa tolak ansur, hormat dan harmoni. Kerana pemicu senjatanya berada di tangan politik. Sekali gus, menimbulkan rasa curiga bahawa individu berkenaan juga dilepaskan oleh arahan atau pengaruh desakan politik. Lebih parah, prejudis ini gagal dihadapkan dengan sebarang penjelasan konkrit hingga kini.

5. Sehubungan itu, para pelakunya mesti ditunjukkan amaran tegas, manakala pihak berkuasa pula digesa bertindak secara profesional serta bebas dari campur tangan politik. Atas kekesalan yang berlaku dan menuntut kedurjanaan ini ditangani sewajarnya, umat akan menunjukkan solidariti menerusi Demonstrasi Bantahan selepas Solat Jumaat, 1 Mac ini di seluruh negara, dipimpin Pemuda PAS.

"Islam Memimpin"

"Terus Mara"

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia


Muafakat gesa lucut kerakyatan individu hina Nabi

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 21 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Satu laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat) semalam, terhadap pemilik akaun Facebook Wai Foo Sing kerana memuat naik kenyataan dan karikatur melampau yang menghina Nabi Muhammad ļ·ŗ dan isteri Baginda, Siti Aisyah.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Lajnah Perhubungan Muafakat, Rashidi Haris di Balai Polis Taman Melawati, jam 6 petang semalam.

Wai Foo Sing, 68, telah ditahan di rumahnya di Mentakab pada 19 Februari lalu dan direman selama tiga hari, sebelum dibebaskan pada 22 Februari atas faktor umur dan komplikasi kesihatan.

Dia ditahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas lebih 470 laporan polis dibuat ke atasnya.

Rashidi berkata, perbuatan yang dilakukan individu terbabit jauh lebih berat kerana menghina Perlembagaan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3(1).

“Dengan perlakuan yang melampau dan sangat berat ini, ia wajib ditangani dengan tegas sebagai pengajaran kepada warga Malaysia yang lain agar jangan sesekali membangkitkan sensitiviti agama lain khususnya agama Islam yang merupakan anutan majoriti penduduk dalam negara. 

“Selama lebih 60 tahun negara merdeka, umat Islam tidak sekalipun menyentuh atau menghina anutan agama lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian berbilang agama dan kaum dalam amalan kebebasan beragama di Malaysia ini,” katanya.

Justeru katanya, Muafakat menggesa tindakan yang lebih tegas dengan melucutkan taraf kewarganegaraan individu terbabit yang menghina dan menyentuh sensitiviti keagamaan, khususnya agama Islam.

“Malangnya, pada 23 Februari 2019, berita Sinarharian Online melaporkan bahawa individu terbabit yang melanggar Perlembagaan Persekutuan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Tindakan duka cita ini boleh menimbulkan keresahan rakyat seolah-olah menggambarkan bahawa perbuatan menghina Nabi ini adalah perkara remeh dan tidak mustahil ia berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu mengingatkan kepada tindakan tidak puas hati orang Melayu sehingga berlakunya insiden yang pernah menimpa seotang pekerja kafe internet, Ng Mun Tatt.

Katanya, Mun Tatt diculik oleh lapan lelaki berbangsa Melayu kerana telah menghina agama Islam dan bangsa Melayu, termasuk perbuatan melampaunya mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah serta surau.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/02/26/muafakat-gesa-lucut-kerakyatan-individu-hina-nabi/

Maxis, Huawei berkerjasama kembangkan teknologi 5G di Malaysia


KUALA LUMPUR: Syarikat komunikasi dan perkhidmatan digital terkemuka, Maxis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Huawei untuk memperkembangkan teknologi 5G di Malaysia.

MoU yang akan menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama dalam sistem dan perkhidmatan 5G telah ditandatangani semasa 2019 Mobile World Congress yang berlangsung di Barcelona.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, syarikat itu telah lama memulakan perjalanan 5G, memfokuskan pada percubaan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur rangkaian mereka untuk bersedia untuk masa depan di mana penyelesaian pintar menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian .

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan rakan kongsi jangka panjang Huawei dalam percubaan 5G kami dan menjadi perintis dalam membawa teknologi terkini ke Malaysia sekali lagi.

"Pada Maxis, kami telah menjaga rangkaian kami dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi di Malaysia, dan kami berharap untuk memberikan inovasi 5G terbaik untuk kedua-dua pengguna dan perniagaan untuk masa depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia Michael Yuan berkata, kerjasama itu membuktikan komitmen kedua-dua syarikat untuk masa depan 5G di Malaysia.

"Sebagai penyedia infrastruktur ICT yang terkemuka di dunia, Huawei komited untuk membantu Maxis mengembangkan sempadan perniagaan mereka dan mencari jalan untuk pertumbuhan baru  5G," katanya.

80 ahli PAS Perlis sertai Amanah bohong


PAS ingatkan Amanah jangan main politik fitnah

ARAU 26 Feb. - PAS negeri ini menyelar Parti Amanah Negara (Amanah) yang didakwa berbohong mengenai penyertaan 80 ahli Pas Perlis ke dalam parti itu, pada Jumaat lalu.

Sebaliknya kata Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd. Shukri Ramli, didapati hanya dua ahli PAS yang menyertai Amanah dalam satu majlis yang dihadiri Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub di Kampung Seberang Ramai di sini.

Katanya, mereka yang menyertai Amanah itu kebanyakkannya adalah bekas ahli UMNO.

"Berhubung berita yang tular di sebuah portal yang menyatakan seramai 80 orang penyokong PAS telah menyertai Amanah pada Jumaat lalu adalah tidak benar. Bekas Pengurus Besar PPK (Pertubuhan Peladang Kawasan) Lubuk Batu, Mansor Ismail yang menyerahkan borang keahlian baru itu adalah bekas ahli UMNO, bukannya daripada Pas.

"Manakala Nasaruddin Amran yang dikatakan mewakili 50 orang penyokong Pas dari Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis juga adalah bekas ahli UMNO. Ahli PAS yang menyertai Amanah hanyalah berjumlah dua orang iaitu dari Cawangan Seberang Alor, Kuala Perlis iaitu Wan Shaharudin Wan Ali dan Wan Shariman Wan Ali," katanya di sini, hari itu.

Justeru Mohd. Shukri mengingatkan kepemimpinan Amanah agar berhenti daripada terus mengamalkan politik fitnah kotor yang akhirnya akan memakan diri sendiri.- UTUSAN ONLINE

Sumber: http://m.utusan.com.my/berita/politik/80-ahli-pas-perlis-sertai-amanah-bohong-1.848853

Pergolakan politik nasional pengaruhi PRK Semenyih

PERIASAMY: Ulasan-ulasan orang Melayu terhadap PH dalam media sosial akhir-akhir ini menunjukkan pemikiran orang Melayu kini berubah malah terganggu kerana mereka beranggapan kuasa politik mereka yang diwaris sejak merdeka kian merosot. 
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), PSM dan Bebas.

PAS yang bertanding pada ilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak bertanding kerana memberi laluan kepada calon BN.

Kempen PRK Semenyih dilihat berjalan lancar sejak hari penamaan calon pada 16 Februari lalu.

Pelbagai janji dan harapan diberikan kepada pengundi Semenyih oleh calon-calon yang bertanding dalam usaha meraih undi untuk memastikan kemenangan masing-masing.

Calon PH, selaku calon mewakili parti memerintah, berjanji akan membangunkan kawasan Semenyih, termasuk membina sebuah hospital sekiranya menang.

Di samping itu, kerajaan pusat PH juga mengumumkan untuk membayar RM100 sebagai bantuan sara hidup kepada warga bujang dan RM100 kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.

Manakala, calon PSM mengecam kerajaan PH yang dianggapnya sombong kerana enggan mendengar suara rakyat.

Calon bebas pula lebih memberi tumpuan kepada slogan ‘kebajikan orang tua dan miskin tanpa mengira kaum'.

Sampaikan isyarat

Di sebalik itu, calon BN menyeru pengundi Semenyih menggunkan PRK kali ini untuk menyampaikan isyarat kepada kerajaan pusat bahawa rakyat kini tidak berpuas hati dengan kerajaan PH yang bukan sahaja gagal menepati janji-janji yang diberikan kepada mereka pada PRU14.

Selain itu, calon BN turut menekankan bagaimana rakyat telah terperdaya dengan janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Walaupun pelbagai janji diberikan oleh calon PH dan kerajaan PH ketika ini untuk melahirkan persepsi feel good terhadap kerajaan PH, reaksi rakyat khususnya pengundi Semenyih didapati bersikap negatif terhadap pengumuman-pengumuman tersebut.

Mereka menganggapnya sebagai sogokan untuk memancing undi. Misalnya cadangan kerajaan PH untuk mengapuskan tol di beberapa lebuh raya (LDP, SPRINT, KESAS dan SMART), tidak termasuk Lebuh Raya PLUS pada waktu bukan puncak (11 malam sehingga 5 pagi) menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Malah cadangan kenakan kadar tol yang sama di samping dikenakan bayaran tambahan sebagai congestion charge pada waktu puncak untuk menganti semula kekurangan hasil kutipan tol dijangka menimbulkan bukan sahaja keresahan malah kemarahan di kalangan pengundi dan pengguna jalan raya.

Jadi, mekanisme baru kutipan tol ini dijangka menimbulkan ketidakpuasan back lash di kalangan pengguna jalan raya tol kerana langkah ini mengingatkan pengalaman mereka apabila kerajaan PH mengapuskan GST dan mengenakan semula cukai SST selepas menguasai Putrajaya.

Rakyat yang mengharapkan pengurangan harga barang dengan penghapusan GST, kecewa melihat harga barang tidak turun-turun dengan pengenalan semula SST tetapi semakin naik.

Sokongan PAS

Dalam pada itu, dakwaan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononya PAS tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih, yang tular di dalam media perdana termasuk media sosial pada awalnya dijangka merosakkan sokongan ahli PAS kepada calon BN.

Namun, tindakan pantas kepimpinan PAS Pusat dalam menyangkal dakwaan Dr Mahathir didapati telah mengurangkan kerosakan yang dijangka disebabkan dakwaan berkenaan kepada vote bank untuk calon BN.

Malah kepimpinan PAS Pusat dan jentera PAS Selangor yang bersemangat turun padang meraih sokongan untuk calon BN bukan sahaja mematahkan dan menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan Dr Mahathir malah memantapkan hubungan antara Pas dan BN.

Dalam pada itu, pada PRU14, calon PH daripada Bersatu, pimpinan Dr Mahathir memperoleh 23,428 undi, menewaskan calon BN, Pas dan PSM dalam persaingan empat penjuru.

Tetapi, perlu diingat, calon PH pada waktu itu menang di atas simbol PKR dan bukan simbol PH.

Meskipun calon PH menang dengan majoriti yang agak besar iaitu 8,964 undi, kemenangan calon PH pada PRU14 adalah disebabkan oleh sokongan hebat pengundi bukan Melayu terutamanya Cina dan India dan sebahagian 30 peratus pengundi Melayu.

Namun, komen dan ulasan-ulasan orang Melayu terhadap PH dalam media sosial akhir-akhir ini menunjukkan pemikiran orang Melayu kini berubah malah terganggu kerana mereka beranggapan kuasa politik mereka yang diwaris sejak merdeka kian merosot.

Calon BN pula dijangka mendapat sokongan jitu daripada ahli dan penyokong tegar Pas di Semenyih yang dianggarkan lebih kurang 6,000 pengundi.

Jadi, meskipun pada awalnya ramai beranggapan bahawa pengundi Melayu, selaku komposisi terbesar dalam DUN Semenyih, mampu menentukan keputusan PRK ini, pergolakan dan pencaturan politik terkini, terutamanya di antara PKR dan Bersatu dijangka mempengaruhi pola pengundian di kalangan pengundi Melayu.

Apapun, perkembangan baru politik nasional, terutamanya perubahan mind set sebahagian besar pengundi Melayu terhadap kerajaan PH, peralihan sokongan sebahagian besar pengundi India daripada PH kepada BN, kekurangan penglibatan pemimpin dan jentera DAP, parti komponan utama PH, dalam kempen menyokong calon PH, jelas menunjukkan PH sukar mempertahankan kerusi Semenyih kali ini.

Sebaliknya, peluang bagi calon BN merampas kerusi Semenyih semakin hari kini semakin adalah cerah.

Datuk M.Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.

Uyghur: Turki gesa China lindungi hak kebebasan beragama

ISTANBUL, 21 Jamadilakhir 1440H, Selasa – Turki menyuarakan kebimbangan berhubung layanan buruk pemerintah China terhadap etnik minoriti Uyghur dan umat Islam lain di wilayah Xinjiang.

Kebimbangan itu disuarakan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu semalam, sekali gus menggesa Beijing supaya melindungi kebebasan beragama di negara itu.

"Perbezaan harus dilakukan antara pengganas dan mereka yang tidak bersalah. Bagaimanapun, saya perlu menggariskan bahawa kita menyokong dasar China One ( merujuk pendirian Beijing bahawa negara itu merangkumi wilayah Taiwan dan autonomi, termasuk Xinjiang dan Tibet).

"Kami mengharapkan hak asasi manusia sejagat, termasuk kebebasan beragama dihormati dan memberi perlindungan kepada identiti kebudayaan etnik Uyghur serta umat Islam yang lain," katanya.

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuka sesi empat minggu tahunannya semalam, berhubung isu berkaitan nasib Uyghur, yang didakwa diasing dalam satu penjara kononnya bertujuan latihan dan pendidikan semula di Xinjiang.

Pakar dan aktivis PBB mendedahkan bahawa kem tahanan itu mempunyai sejuta etnik Uyghur – yang boleh berbahasa Turki – dan minoriti umat Islam lainnya.

China bagaimanapun menafikan tuduhan melakukan penganiayaan ke atas Uyghur dan menganggap kritikan dalam Majlis PBB sebagai campur tangan terhadap kedaulatan negaranya.- Agensi

SPR Akan Teruskan PRK Semenyih

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih seperti yang ditetapkan pada 2 Mac, kata Pengerusinya, Azhar Azizan Harun (gambar).

Ini susulan keputusan mahkamah berkaitan PRK itu yang memihak kepada suruhanjaya berkenaan.

"SPR menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini (Isnin) yang memutuskan bahawa semua keputusan yang dibuat SPR berhubung proses PRK DUN Semenyih adalah sah dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada serta menolak tuntutan saman yang dibuat seorang pengundi berdaftar di Semenyih terhadap SPR.

"Sehubungan itu, SPR akan meneruskan PRK Semenyih sepertimana yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan.

Selasa ialah hari pengundian awal bagi PRK itu.

Kerusi Semenyih kosong susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lepas akibat serangan jantung.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Muhammad Aiman Zainali, Zakaria Hanafi (Barisan Nasional), Nik Aziz Afiq Abdul (Parti Sosialis Malaysia) dan calon Bebas Kuan Chee Heng. - Bernama

PRK Semenyih: Inilah sebabnya mengapa PAS sokong BN



PAS minta waktu tol percuma dikaji


BATU GAJAH, 19 Jamadilakhir 1440H, Ahad – PAS meminta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan tempoh tol percuma bagi empat lebuh raya yang disifatkan parti itu sebagai kurang berkesan dalam membantu meringankan beban hidup rakyat.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, kerajaan sepatutnya menimbang memansuhkan kutipan ketika waktu puncak, bukan dari 11 malam hingga 5 pagi yang akan dilaksanakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) serta Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya SMART.

"Jadi apabila buat (tol percuma) antara pukul 11 malam hingga 5 pagi itu, tidak tercapailah matlamat sebenarnya. Sebab apa buat waktu itu? (Sepatutnya) waktu kesesakan trafik orang pergi kerja itu yang patut di buat secara percuma. Itu tujuannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi minum petang bersama penduduk setempat anjuran Lajnah Penerangan PAS Perak di Batu 1, di sini petang ini.

PAS juga berharap kerajaan Pakatan Harapan mengotakan janji menghapuskan tol seperti yang dilaungkan sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, katanya.- Bernama

Bagaimana Pelupusan Sisa Plastik Kilang Haram Yang Ditutup?

1. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan pembuangan dan operasi sisa plastik import daripada kilang haram yang menjejaskan kesihatan manusia, alam sekitar dan ekonomi negara lebih-lebih lagi yang berlaku di kawasan perindustrian Pulau Indah Klang dan Jenjarom Kuala Langat. 

2. Antara tindakan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan pembekuan sementara lesen import AP sisa plastik dan penutupan 114 kilang haram pada tahun lalu manakala pihak Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTEC) pula telah menutup operasi 100 kilang kitar semula sisa plastik haram di seluruh negara.

3. Usaha Kerajaan melakukan pembekuan lesen AP dan penutupan kilang haram seluruh negara merupakan tindakan yang tepat. Persoalannya, bagaimana dengan pengurusan pelupusan ribuan tan sisa plastik yang ditinggalkan selepas kilang-kilang haram ditutup?

4. Jika lambakan sisa plastik tersebut terus dibiarkan tanpa tindakan segera pelupusannya, saya percaya ia boleh mengundang kesan yang buruk kepada kesihatan manusia terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan kilang-kilang terbabit.

5. Saya mengesa Kerajaan agar operasi penguatkuasaan dan pemantauan sentiasa ditingkatkan dan berterusan tanpa ada ketirisan agar kilang-kilang haram tidak beroperasi lagi dan sindiket penyeludupan sisa import plastik dapat ditumpaskan.

6. Dengan penubuhan Jawatankuasa Menteri oleh Jemaah Menteri sebelum ini dapat dimanfaatkan dengan mencari solusi dan jalan penyelesaian bersama dengan isu sisa plastik import agar Malaysia tidak terus menjadi tong sampah dunia.


“Islam Memimpin”

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman

Khazanah Tasik Chini Harus Dipertahankan


Oleh: YB TUAN CHE ALIAS BIN HAMID

1. Isu penerokaan hutan dan perlombongan biji timah tanpa kawalan di Bukit Ketaya dan kawasan berhampiran di Tasik Chini, Pahang telah mencemarkan alam sekitar, menjejaskan kualiti air tasik dan sektor pelancongan juga turut merosot. 

2. Jika isu ini tidak diambil tindakan segera, pada bila-bila masa sahaja Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (UNESCO) akan menarik semula status Rizab Biosfera di Tasik Chini yang dianugerahkan pada Mei 2009.

3. Menurut Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris, Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) akibat pemendapan sedimen telah menyebabkan keluasan tasik semakin kecil dan kedalamannya menjadi semakin cetek. Malah tidak mustahil tasik berkenaan menjadi kering menjelang 2030.

4. Di samping itu, statistik menunjukkan jumlah kedatangan pelancong pada 2017 di Tasik Chini menunjukkan kemerosotan kepada 7,000 orang berbanding lebih 16,000 pada 2016.

5. Dapat dilihat kelonggaran penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasa telah membuka peluang kerakusan pelombong dan peneroka hutan. Pihak Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Sekretariat bagi program Manusia dan Biosfera (MAB) Malaysia yang bertanggungjawab menyelaras hala tuju serta usaha memulihara rizab biosfera di Malaysia digesa untuk mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah ini.

6. Oleh itu, sewajarnya kementerian berkenaan, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Pihak Berkuasa Negeri Pahang bersama-sama agensi yang terlibat bekerjasama untuk menangani masalah ini dengan serius dan memantau aktiviti pelombong dan penerokaan tanah di sekitar Tasik Chini.


“Islam Memimpin”

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID ialah Ahli Parlimen Kemaman

No record of RM90m entering PAS accounts from 1MDB: MACC



KUALA TERENGGANU: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has confirmed there is so far no trace of RM90 million entering the official accounts of PAS from 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MACC Commissioner Datuk Seri Shukri Abdull said investigations since the beginning of the month have found no evidence of a transaction that could be attributed to the allegation.

“The MACC has so far found no record of RM90 million from 1MDB entering into PAS’ account,“ he said in a press conference after witnessing the taking of oath and signing of the Anti-Corruption Pledge by 24 members of the Terengganu state assembly here today.

He, however, declined to answer a question on how many more witnesses would be called and whether the MACC was ready to wrap up the case.

Prior to this, the MACC had called up Bachok MP Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz former PAS deputy president Datuk Dr Nasharudin Mat Isa to provide their statements over the allegations.

Former Bersih chairman S. Ambiga and Parti Amanah Negara (Amanah) vice-president Datuk Husam Musa have also assisted with investigations.

Meanwhile, PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said he hoped all parties would accept MACC’s statement over the matter as investigations were carried out in a transparent and professional manner.

“PAS also calls for the allegations to be stopped immediately and PAS reserves the right to take legal action against any parties that continue to hurl accusations against PAS,“ he said in a media statement tonight.

Takiyuddin said the confirmation by the MACC proved that the allegations made by various quarters both from within and outside the country were lies, wild accusations and mala fide aimed at tarnishing the image and integrity of PAS, especially ahead of the 14th General Election. — Bernama

“UMNO, PAS Takkan ‘Kahwin’, Sama-Sama Anak Jantan”



UMNO tidak akan ‘berkahwin’ dengan PAS dalam membentuk sebuah kerjasama bagi memperjuangkan matlamat penyatuan umat Melayu dan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa berkata UMNO dan PAS akan terus kekal sebagai sebuah parti mengikut acuan masing-masing namun berjuang demi sebuah matlamat yang sama.

Beliau berkata UMNO dan PAS adalah sama-sama ‘anak jantan’ dan bagaikan adik beradik walaupun telah mengikut haluan berbeza sejak sekian lama sebelum ini.

“Adik beradik, sama-sama anak jantan nak kahwin bagaimana? PAS dan Umno sering berbeza pendapat dalam banyak hal tetapi perjuangan kedua-dua parti tetap sama iaitu mempertahankan maruah dan kepentingan umat Islam serta Melayu.


“Kita (UMNO dan PAS) perlu bersatu semula sebagai adik-beradik, kita hilang kekuatan kerana kita berpecah-belah jadi mulai sekarang kita berjuang dengan cara masing-masing tapi matlamat kita tetap satu,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Ceramah Perdana: Islam Memimpin’ di Bukit Katil di Melaka malam tadi.

BENCI, KELAHI ADA BATAS

Turut hadir Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata beliau sedih dengan senario pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila umat Islam dan Melayu berpecah dengan memilih parti yang dianggotai mereka seterusnya memecahkan undi golongan itu.

Beliau berkata lebih menyedihkan apabila ada generasi muda yamg kurang memahami sejarah negara dan memilih hanya kerana marah mereka kepada UMNO dan PAS seterusnya tersalah pilih.

“Islam jadi titik menyatukan kita semua. Dengan cabaran yang mendatang kini kita perlu bersatu. Benci berkelahi ada batas, boleh jadi orang itu jadi sahabat kita suatu hari nanti. Lebih lagi dalan Islam kita semua adalah bersaudara.

“Kita adik beradik memang tak boleh nikah tetapi apa yang penting kita bersatu demi satu matlamat. Jadikan pertemuan demi pertemuan kembalikan kekuatan ini,” katanya. – BERNAMA

Adib beritahu dia dipukul, kata pakar IJN



SHAH ALAM: Anggota bomba yang maut, Muhammad Adib Mohd Kassim sempat memberitahu seorang kakitangan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur bahawa beliau dipukul.

Saksi ke-14, yang juga Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik IJN, Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib memaklumkan perkara itu berdasarkan maklumat yang diberikan kakitangan IJN yang dikenali sebagai Asyraf, antara individu dalam pasukan khas yang memantau secara rapi perkembangan rawatan Adib.

Ezani berkata, Asyraf ada memberitahunya mengenai perkara itu beberapa hari selepas Adib meninggal dunia.

"Asyraf ada tanya sama ada dia (Adib) ingat apa terjadi dan dia angguk kepala," katanya ketika menjawab soalan Pegawai Pengendali Faten Hadni Khairuddin pada hari ke-9 inkues kematian Adib di Mahkamah Koroner, Shah Alam.

Ezani berkata, beliau kemudian menasihati Asyraf berhubung dengan bahagian guaman IJN untuk langkah seterusnya.

Beliau juga berkata, sepanjang merawat Adib, beliau pernah bertanyakan anggota bomba itu sama ada dia ingat apa yang berlaku kepadanya.

"Bagaimanapun, pesakit (Adib) hanya menggelengkan kepala," katanya sambil menambah soalan sama pernah ditanya pegawai penyiasat.

Ezani memberitahu, Adib dipindahkan dengan berhati-hati dari Ramsay Sime Darby Subang Jaya Medical Center ke IJN pada sebelum tengah malam 27 November 2018.

Katanya, sebaik tiba di IJN, mangsa segera dikejarkan untuk menerima rawatan dengan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), mesin khas bagi menyokong paru-paru dan jantung mangsa.

"Keadaan dia ketika dibawa turun dari ambulans adalah sangat kritikal. Kami semua ingat dia akan mengalami serangan jantung. Jadi, pesakit dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya.

Sebelum ini, pakar bedah kardiotoraks yang merawat Adib memberitahu Mahkamah Koroner, kecederaan parah dialami anggota bomba itu mungkin bukan berpunca daripada serangan.

Dr Anand Sachithanandan yang berkhidmat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) berkata, kecederaan pada dada kanan hingga bahu Adib akibat trauma tumpul pada dada yang mungkin berpunca daripada rempuhan, jatuh dari tempat tinggi, libasan atau serangan.

Ezani berkata pada hari ke-6 rawatan, beliau telah berkomunikasi dengan Adib.

"Adib tidak dapat bercakap kerana mempunyai tiup dalam mulutnya dan hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat dan menulis."

Katanya, pada waktu itu, keadaan Adib bertambah baik.

"Dia memberi maklumbalas ketika kami memanggil namanya dan boleh mengerakkan anggota badan.

"Dia menulis di papan putih dan mahu telefon bimbitnya," katanya.

Ezani berkata, keadaan kesihatan Adib kembali merosot pada 14 Disember apabila gagal mengekalkan tahap oksigen dalam badan.

"Pada 15 Disember, keadaannya semakin merosot dan kami perlu mengerakkan mesin ECMO untuk menstabilkan tahap oksigen dan tekanan darah. Sehari selepas itu keadaanya bertambah buruk," katanya.

Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.

PRK Semenyih: Johan Mohon Maaf Kepada PAS

JOHAN ABDUL AZIZ ketika berucap dalam program Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di Taman Tasik Semenyih, Semenyih, malam tadi.- UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI

BADRUL HAFIZAN MAT ISA
25 Februari 2019 8:13 AM

HULU LANGAT 25 Feb. - Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz malam tadi memohon maaf secara terbuka kepada kepemimpinan dan ahli PAS di atas perseteruan politik kedua parti itu terutama ketika beliau memimpin UMNO di kawasan tersebut.

Menurut Johan, demi perpaduan ummah, segala sengketa kedua perlu dihentikan dan kerjasama UMNO dan Pas adalah perlu diteruskan. 

"Sejarahnya, saya merupakan Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat akhirnya Allah mengangkat saya menjadi Ketua UMNO bahagian. Lama kita berselisih faham, apabila pilihan raya malah bermakian sesama sendiri.

"Jadi malam yang bersejarah ini, saya ingin melafazkan dan menyusun jari sepuluh memohon maaf kepada semua warga PAS jika ada salah dan tutur kata selama ini," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di Taman Tasik Semenyih, di sini, malam tadi. 

Yang hadir sama Yang Dipertua PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi. 

Johan yang juga merupakan bekas ADUN Semenyih juga menganggap, kerjasama yang sedang dibentuk di antara UMNO dan PAS ketika ini merupakan rahmat Allah kepada masyarakat Islam di negara ini. 

"Jadi saya harapkan kerjasama ini kita teruskan, kita pedulikanlah apa yang diluar sana mahu kata di atas kerjasama ini termasuklah berkaitan isu RM90 juta. Ini merupakan fitnah yang cukup besar dilakukan orang tidak bertanggungjawab. 

"Jadi pedulikanlah, biarlah mereka menjawab di sana. Bagi saya dengan keikhlasan kita bersama ini marilah diteruskan, demi agama dan bangsa kita," katanya.-UTUSAN ONLINE


Terengganu: 49 Penduduk Terima Geran Tanah Felcra

Setelah sekian lama makcik memohon geran hak milik tanah akhirnya jadi kenyataan. Mungkin sudah rezeki kami, akhirnya hasrat itu tercapai tahun ini dan ia ..

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU, 13 Februari - Hajat memiliki tanah sendiri selepas sekian lama memohon akhirnya menjadi kenyataan apabila seramai 49 pemohon berjaya mendapat geran hak milik tanah di Tanah Rancangan Felcra Banggol Gajah Mati Fasa 2,3,4 dan Felcra Kampung Tapah, Mukim Jenagor, di sini, semalam.

Semua pemohon berkenaan menerima geran hak milik tanah yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam,Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh, di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, di sini, semalam.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah penerima geran tersebut dan berharap mereka mampu menguruskan tanah itu dengan baik demi generasi akan datang.

Katanya, penyerahan geran hak milik tanah berkenaan membuktikan kerajaan negeri berjaya menyelesaikan satu lagi masalah rakyat.

"Ia adalah hadiah kepada penerima setelah hampir 20 tahun menunggu saat ini. Mereka berhak memohon dan baru sekarang ia dapat direalisasikan dengan penyerahan rasmi geran hak milik ini.

"Kerajaan negeri terus komited penyelesaikan isu tanah rakyat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Felcra Banggol Gajah Mati fasa 2,3,4 dan Felcra Kampung Tapah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Pengurus Besar Wilayah Timur Felcra Berhad, Haji Zulkifli Sidek dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir Tanah Hulu Terengganu, Mohd Rasydan Muda.




Sementara itu, seorang penerima, Rafiah Musa 65, dari Kampung Tanjung Baru berkata, dia sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memudahkan urusan pembahagian tanah ini.

"Syukur Alhamdulillah. Setelah sekian lama makcik memohon geran hak milik tanah akhirnya jadi kenyataan. Mungkin sudah rezeki kami, akhirnya hasrat itu tercapai tahun ini dan ia saat yang amat menggembirakan.

"Terima kasih kepada kerajaan negeri yang baru kerana memudahkan urusan pembahagian tanah ini," ujarnya
© all rights reserved
made with by templateszoo