Yayasan Terengganu Taja Pelajar Darul Huffaz TATI Skill


KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu akan menaja anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran di Darul Huffaz TATI Skill (DHTS) bertempat di TATI Skill Sdn. Bhd., Jalan Panchor, Teluk Kalong, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, berkata, DHTS yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu menawarkan mata pelajaran sama seperti aliran sekolah arus perdana selain memfokuskan bidang sains teknikal (tujuh subjek) dan pengurusan dan perniagaan (enam subjek). DHTS telah memulakan sesi pembelajaran pertama pada 1 Januari lalu dengan pengambilan 40 pelajar.

“Walau bagaimanapun, jumlah pelajar di kalangan anak Terengganu masih tidak sampai separuh daripada yang mendaftar sedangkan kita tawarkan tempat minima untuk 100 pelajar tahun ini.

“Justeru, saya mengharapkan anak-anak Terengganu di luar sana ambil peluang ini, malah pihak Yayasan Terengganu juga bersetuju untuk memberi penajaan kepada pelajar yang layak,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Satiful berkata, pendaftaran untuk kemasukan ke DHTS dilanjutkan sehingga 31 Januari khusus buat pelajar dari madrasah dan pondok di seluruh Terengganu.

Kerajaan negeri berhasrat menjadikan DHTS sebagai pusat persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) utama di Terengganu khususnya kepada pelajar tahfiz dan pondok dengan menawarkan kaedah pembelajaran akademik yang sistematik.

Pelajar yang berminat boleh hubungi pejabat DHTS di talian 09-860 1103 atau 010-921 1245.

Sumber: https://www.teganukita.net/2019/01/yayasan-terengganu-taja-pelajar-darul.html
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget