Warisan mahu Bersatu hormati persetujuan tidak lebar sayap ke Sabah - Mohd Shafie


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus berpegang pada janji untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah seperti dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menegaskan pendirian itu berkata Warisan mampu mengurus serta mentadbir Kerajaan Negeri Sabah meskipun tanpa Bersatu melebarkan sayap ke negeri ini.

"Saya telah menyatakan perkara itu termasuk pendirian kami (Warisan mentadbir Kerajaan Negeri Sabah dan Bersatu tidak melebarkan sayap ke Sabah) sebelum pilihan raya.

"Pada PRU14, Bersatu mendengar (pendirian) Warisan itu, dan sekarang selepas PRU14, saya berharap mereka akan terus mendengarkannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas anjuran parti itu, pada Ahad.

Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri diterajui Warisan adalah mesra dengan Pakatan Harapan di Sabah, dan perkara itu lebih penting, selain kerjasama serta hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

Warisan juga akan terus memberi sokongan terhadap apa sahaja dilakukan Kerajaan Persekutuan sekali gus bersama-sama menyatupadukan rakyat, katanya.

-- BERNAMA

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget