UMMAH ajak rakyat beli produk keluaran Muslim


Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 28 Rabiulakhir 1440H, Sabtu – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) melancarkan kempen ‘Sokong Produk Muslim’ bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam, sekali gus memperoleh ‘halalan toyyiba’ menerusi produk yang dibeli.

Sekretariat UMMAH, Hj Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, ketika ini banyak produk muslim yang sepatutnya diketengahkan tetapi malangnya, seolah-olah dipinggirkan, malah ‘dianaktiri’ oleh sebilangan peruncit dan peniaga bukan muslim.

Justeru, katanya, UMMAH mengambil inisiatif mengadakan kempen ini, dan dijangka akan dilancarkan secara besar-besaran pada pertengahan bulan atau selewat-lewatnya hujung Januari.

“Kempen ini membabitkan ‘roadshow’ ke seluruh pelosok Malaysia. Kita akan bawa produk-produk muslim untuk diperkenalkan dan diadakan mini forum kesedaran pengguna. Insya-Allah kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun 2019 dan mungkin sehingga 2020.

“Kita harap umat Islam akan bersemangat, bersatu dan kekalkan azam untuk menyokong produk muslim. Tak dapat beli 10 produk, beli 1 atau 2 produk secara istiqamah itu lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun katanya, UMMAH tidak meminta rakyat untuk memboikot produk keluaran bukan muslim, cuma kita menggalakkan membeli produk keluaran muslim.

“Jika ada pihak cuba ugut kita kononnya nak naikkan harga atau nak sekat stok, kita tak gusar kerana kuasa membeli ada pada kita. Lebih 18 juta orang adalah di kalangan orang Islam di Malaysia. Kita adalah majoriti dan kuasa membeli ada pada kita,” katanya.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget