NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ucapan YB Ustaz Khalil Benar: DAP Jangan Kurang Ajar



UCAPAN YB USTAZ KHALIL BENAR :
DAP JANGAN KURANG AJAR

oleh: SYARHAN HUMAIZI HALIM

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bangkit mempertahankan kebenaran fakta dan hujah dalam ceramah yang disampaikan oleh YB Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia  sewaktu berkempen di PRK Cameron Highland. Apa yang dinyatakan oleh YB Ustaz Khalil bukanlah perkara yang rahsia kerana kesan ancaman DAP itu pasca PRU 14 dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh seluruh masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Laporan oleh Ketua Pemuda DAP hanyalah wayang untuk bermuka-muka sedangkan slogan yang mereka laungkan iaitu Malaysian Malaysia atas semangat demokrasi kononnya adalah helah licik mereka demi menjayakan agenda mereka yang ternyata mengancam Islam, Institusi Beraja serta Institusi Islam di Malaysia.

Lihat sahaja kenyataan pimpinan mereka antaranya Teressa Kok apabila dengan tegas menyatakan bangkangan terhadap Islam merupakan agama rasmi Persekutuan (https://www.malaysia-today.net/2019/01/12/teresa-kok-tidak-setuju-islam-agama-rasmi-persekutuan/) . Inilah sikap sebenar mereka yang bertopengkan semangat demokrasi untuk menghalalkan tindakan mereka.

Malah sebelum ini, DAP juga yang beriya-iya untuk memastikan ICERD diratifikasi atas alasan hak kesaksamaan antara perkauman. Sedangkan mereka mempunyai agenda tersirat sehingga dilihat melampaui untuk melanggar Kontrak Sosial dalam negara.

Sebenarnya terlalu banyak bukti yang boleh dikemukakan untuk menyokong apa yang diucapkan oleh YB Ustaz Khalil tersebut. Malah rakyat sekarang sendiri boleh menilai di zaman moden ini dengan isu-isu yang melanda negara khususnya selepas PRU 14 di saat DAP berkuasa bersama komponen lain di dalam Pakatan Harapan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru semboyan anak muda untuk bangkit bersama YB Ustaz Khalil dan mempertahankannya. Seluruh Dewan Pemuda Kawasan diminta mengeluarkan kenyataan balas menyokong bagi menunjukkan kesatuan dan kebersamaan dalam isu ini.

Dewan Pemuda PAS Selangor mencabar Pemuda DAP @ DAPSY untuk membuat laporan ke atas seluruh Pemuda PAS kerana bersetuju dengan kenyataan YB Ketua Pemuda PAS Malaysia itu bahawa agenda DAP adalah mengancam kepentingan agama Islam dan kaum melayu khususnya. Kami Pemuda PAS ingin melihat sejauh mana DAP dalam hal ini atau hanya bermuka-muka kerana menjaga kepentingan politik sempena PRK Cameron Highland.

Dewan Pemuda PAS Selangor memberi amaran kepada DAP atau mana-mana pihak yang menurut telunjuk DAP bahawa kesabaran anak muda ada batasnya. Jangan sesekali berani mencuit pimpinan kami, kerana kami tetap teguh bersama pimpinan kami. Jika anda ingin saksikan lautan anak muda bangkit, silakan langkah sumbang anda.

SYARHAN HUMAIZI HALIM ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor

13 Jamadil Awal 1440H | 19 Januari 2019
( Hide )
  1. tuan!!! kami anak2 mudah selangor akan bersama tuan...dahulu kami bersama PH....tp allah dah bukak mata kami....kami bangkit!! kami lawan!!! kami bersama tuan..sebelum negara tergadai....biar kami gadai PH dan DAP hingga hancur

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo