NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terlalu awal jangkauan kelansungan Bersatu, kata penganalisis

Isu survival (kelansungan) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti politik termuda di negara pernah menjadi tanda tanya di awal penubuhannya dengan ada yang beranggapan ia akan terkubur dengan sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berlatarkan kepada pertumbuhan parti-parti politik seperti cendawan selepas hujan menjelang PRU14, rasa tidak puas hati rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional (BN) serta para pemimpinnya dan perpecahan dalam landskap politik Melayu lahirlah Bersatu pada September 2016.

Andaian riwayatnya singkat bagaimanapun meleset dengan parti yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presidennya apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk memerintah pada tanggal 9 Mei, 2018.

Penganalisis Politik dan Perundangan dari Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Abdul Halim Sidek yang pernah meramalkan tempoh hayat terhad bagi parti itu berkata kemenangan PH pada PRU14 sudah tentu membawa perubahan besar dalam soal survival pada masa hadapan.

Bercakap kepada Bernama, katanya, Bersatu berubah daripada sebelum ini yang hanya dianggap sebagai sebuah parti 'splinter' kepada sebuah parti yang meneraju kerajaan iaitu Umno, kepada sebuah parti pemerintah, satu perubahan besar.

"Pengerusinya pun diangkat menjadi perdana menteri, mereka dalam kerajaan dan ada 'advantage', sebab kementerian-kementerian utama pun ada yang dipegang anggotanya, jadi ini meningkatkan lagi 'appeal' mereka kepada rakyat," katanya.

Abdul Halim menegaskan sekiranya PH tewas pada PRU14, laluan survival bagi parti itu pasti sukar.

Walaupun menyifatkan Bersatu berada pada landasan yang baik kini untuk terus berkembang, beliau mengingatkan bahawa ia bukan satu-satunya parti alternatif Melayu, selain Umno yang masih mempunyai sokongan akar umbi yang kuat, walaupun banyak pemimpinnya meninggalkan parti.

Menuju ke hadapan, katanya Bersatu perlu terus kuatkan struktur dalaman parti dan menambah keanggotaan.

Bersatu perlu ingat walaupun pengerusinya diangkat sebagai perdana menteri, mereka tetap parti komponen PH dengan bilangan kerusi Parlimen terendah, iaitu 16 kerusi, katanya.

"Dalam menghadapi PRU15, Bersatu harus betul-betul bangkit. For now, it's too early to tell (survival Bersatu)," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo