NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tajaan Yuran Persekolahan Untuk Anak -Anak Tahfiz Al-Quran Bagi Sesi 2019


Salam Ukhuwwah...
Semoga semua di dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT sentiasa..

Menyedari dan menginsafi keperitan hidup yang dilalui oleh rakyat marhaen terutamanya menjelang sesi persekolahan dibuka,maka Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik),mengambil inisiatif untuk mengusahakan carian dana bagi menaja yuran persekolahan anak -anak tahfiz yang bakal memulakan pengajian bermula 3 Januari 2019.

Seramai 25 orang anak -anak tahfiz Al-Quran bakal terpilih berdasarkan kriteria tertentu untuk fasa 1 ini dan menerima bantuan yuran pendaftaran dan yuran persekolahan khususnya penajaan untuk anak -anak yang sedang mengikuti pengajian di dalam bidang hafazan dan Tahfiz Al-Quran.

Para dermawan/hartawan yang budiman diseru untuk menghulurkan sumbangan seikhlasnya bagi meringankan beban bagi menanggung kos pembiayaan pendaftaran yuran menjelang sesi persekolahan yang tiba diambang tahun 2019.

Hulurkan sumbangan seikhlasnya ke:
Akaun MAYBANK ISLAMIC:
5628 3462 9323
Atas nama PENDIDIK MANAGEMENT

Hubungi terus di talian 018-3839167 (Normala Sudirman- Presiden Pendidik) setelah segala transaksi dibuat .

Atas segala keprihatinan,sumbangan kewangan dan komitmen yang diberikan hanya ALLAH SWT jua yang dapat membalasnya di dunia dan di Akhirat.

"Jom Tambah Saham Akhirat"..

Salam hormat:
Normala Sudirman
Presiden
Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
Jumaat : 28 Disember 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo