NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al Mustafa billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang



PEKAN, 15 Jan (Bernama) -- Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.

Sultan Abdullah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam hari ini hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Baginda dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Dis 2016 sehingga 11 Jan lalu setelah Sultan Ahmad Shah gering.

Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo