Salib: Sikap dolak-dalik Mujahid kecewakan umat Islam


Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 10 Jamadilawal 1440H, Rabu – PAS mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusuf Rawa menyatakan pendirian tegas berhubung isu pancaran lampu berbentuk lambang salib gergasi yang terpampang di bangunan Grace Residence, Jelutong di Pulau Pinang.

Pada masa sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengingatkan Mujahid supaya tidak bersikap terlalu defensif sehingga dilihat lemah untuk mempertahankan kepentingan Islam dan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata, kenyataan menteri yang menjaga portfolio agama itu dilihat tidak tegas dan hanya berdolak-dalik, sekali gus mengecewakan hati umat Islam di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang.

"PAS meneliti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang dan pihak pemaju Nova Mulia Development Sdn Bhd beberapa hari lalu. Kedua-dua kenyataan itu cuba memperbodohkan rakyat.

"Setelah beberapa minggu gambar salib ditularkan, sekarang mereka mendakwa ia adalah abjad Cina yang bermaksud wang atau nasib baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Nasrudin menyifatkan pemimpin negeri itu dan pihak pemaju cuba mencetuskan provokasi serta ketegangan kaum dan agama di negara ini.
"Lambang salib sebesar itu sengaja dipaparkan, walhal mereka perlu menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Tambahan pula, pengasas dan pengarah urusan pemaju projek berkenaan ialah seorang yang aktif terbabit dengan Nehemiah Project (Biblical Entrepreneurship) dan giat mempromosikan agenda kristianisasi," katanya.

Semalam, Mujahid dilaporkan berkata beliau masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu paparan lambang salib di bangunan berkenaan, walaupun sudah berhubung dengan pihak Mufti Pulau Pinang dan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Mujahid berkata, isu berkenaan perlu diteliti sama ada ia dilakukan dengan niat untuk menimbulkan keresahan dan sensitiviti agama atau hanya sekadar struktur sahaja.

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai gambar pancaran lampu yang kelihatan seperti lambang salib di bangunan sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam.

Lambang salib berkenaan bukan berbentuk fizikal, namun dalam pancaran cahaya, dan lebih jelas kelihatan dari jauh pada waktu malam, kerana dipasang di bangunan tinggi. 

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget