NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RON95 dan RON97 naik 6 sen, Diesel 12 sen


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 naik 6 sen kepada RM1.98 seliter bagi tempoh seminggu berkuatkuasa 12 malam Jumaat.

Sementara RON97 turut naik 6 sen kepada RM2.28 seliter manakala diesel naik 12 sen kepada RM2.17 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya.

“Petroleum yang diproses naik kepada AS$63 setong berbanding AS$60 setong bagi RON95 dan AS$72 setong bagi diesel,” kata kementerian itu.

Harga minyak di pam ditetapkan secara mingguan berdasarkan formula Mekanisma Harga Automatik (APM).

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ron95-dan-ron97-naik-6-sen-196348

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo