PRK DUN Semenyih 2 Mac, Penamaan 16 Februari


PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata hari penamaan calon PRK itu pula ditetapkan pada 16 Feb, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb.

"Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula selepas penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 1 Mac 2019," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai urusan PRK tersebut, di sini hari ini.

Azhar berkata daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK itu adalah sehingga suku ketiga 2018 yang akan mula dijual pada 12 Feb.

Katanya daftar pemilih itu mengandungi 54,503 orang pemilih berdaftar, terdiri daripada 53,520 pengundi biasa, 951 pengundi awal dan 32 orang pengundi tidak hadir luar negara.

-- BERNAMA
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget