NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ambil alih Pengerusi G77


NEW YORK: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berada di New York, Isnin untuk mengambil alih kerusi pengerusi Kumpulan 77 (G77) yang dianggotai negara membangun, lapor agensi berita Xinhua.

Abbas dijangka menghadiri majlis di ibu pejabat PBB di New York, pada Selasa untuk acara penyerahan rasmi kerusi berkenaan daripada Mesir, bagi sesi 2019.

Sejurus tiba di New York, Isnin Abbas bertemu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Guterres mengucahkan tahniah kepadanya dan menyuarakan harapan kumpulan itu akan lebih berjaya pada tahun mendatang, kata pegawai pejabat media Guterres.

Beliau mengulangi pendirian bahawa penyelesaian dua negara adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan keamanan di rantau Timur Tengah, kata pejabat itu.

G77, yang mendapat nama daripada 77 negara anggota mengasaskan kumpulan itu, disertai 113 negara membangun di PBB.

China bersekutu dengan kumpulan terbabit, ditubuhkan bertujuan memupuk kepentingan ekonomi bersama, selain cuba memiliki lebih suara di dalam pertubuhan dunia itu.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo