Pakar selar penahanan ahli PAS kritik wakil rakyat DAP



PETALING JAYA: Prof Azmi Shahrom mengkritik penahanan seorang ahli PAS berhubung komennya di Facebook mengenai ahli Parlimen DAP, mengatakan langkah itu mengingatkannya pada tindakan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya itu berkata berdasarkan laporan, komen ahli PAS itu tidak kelihatan mengancam. Beliau juga memberi amaran agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menahan individu berdasarkan komen politik.

Beliau memberi maklum balas terhadap laporan ahli PAS berumur 40 tahun di Sarawak yang ditahan selepas menyuarakan harapan supaya 4 ahli Parlimen DAP akan "binasa" kerana gagal menganjurkan kempen "kembali ke sekolah" di kawasan masing-masing.

Beliau ditahan berikutan laporan yang dibuat oleh pembantu kepada Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau. Beliau disiasat di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan, dengan laporan pada Ahad itu mengatakan beliau positif ujian methamphetamine.

Azmi berkata penahanan itu mengecewakan dan menggesa DAP mengesahkan dedikasinya terhadap kebebasan bersuara.

Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Latheefa Koya turut menyelar penahanan itu, mengatakan ia tidak dapat diterima untuk menahan lelaki itu di bawah undang-undang sedemikian.

"Ia bukan perkara jenayah," katanya kepada FMT. "Jika ahli DAP tidak gembira dengan catatannya, mereka boleh mendakwa.

"Ahli DAP tidak berhak melindungi diri mereka menggunakan undang-undang jenayah. Ini biasanya dilakukan oleh BN dan Umno. "

Bagaimanapun, peguam Syahredzan Johan berkata walaupun beliau menyokong kebebasan bersuara, ahli PAS itu kelihatan "melampaui batasan" dengan mendoakan agar ahli Parlimen itu "binasa".

"Saya akan katakan ia di luar kritikan yang sah," katanya, sambil menambah pihak berkuasa tidak seharusnya menggunakan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Syahredzan, yang merupakan setiausaha politik DAP Lim Kit Siang, berkata penyiasatan perkara itu di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan sepatutnya mencukupi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo sebelum ini berkata kerajaan berhasrat meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk mencegah penyalahgunaan.

Beliau berkata ramai yang mengadu sebelum ini bahawa Seksyen 233 digunakan terutamanya terhadap ahli politik pembangkang, yang sesetengahnya kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget