NGO desak SPRM, PAC siasat SSM


PUTRAJAYA, 2 Jamadilawal 1440H, Selasa — Pertubuhan Kebajikan Bersatu Selangor hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujud unsur salah guna kuasa dan rasuah dalam projek-projek berimpak tinggi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

Pengerusi pertubuhan itu, Muhammad Nadzri Abdullah berkata, memorandum berkenaan merangkumi fakta-fakta pendedahan yang dibuat Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di Parlimen pada 12 November lepas mengenai kepincangan projek-projek utama SSM.

Beliau memberi contoh di mana SSM dikatakan memberi projek secara terus kepada sebuah syarikat dan bukan dibuat secara tender terbuka.

"Kami berharap tiada urusan secara terus di SSM. Kami minta SPRM menyiasat secara terperinci isu ini," katanya ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Muhammad Nadzri turut mendakwa individu atau syarikat yang sama sering mendapat projek-projek SSM dan berharap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dapat melakukan siasatan berhubung isu yang sama. – Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget