Lambang Salib: Antara Signal Perang dan Paranoid?



LAMBANG SALIB: ANTARA SIGNAL PERANG DAN PARANOID

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
(13/01/2019)

1) Dalam sejarah peperangan menawan sesebuah kota, taktikal memacakkan bendera atau lambang kebesaran pasukan kita di kubu lawan adalah satu bentuk perang psikologi awal untuk memenangi pertempuran.


2) Kita dapat lihat contohnya dalam peperangan tentera Mehmet menawan kota terkebal di dunia pada waktu itu -Constantinople bagaimana kesukaran tentera Mehmet untuk menawan kubu tersebut. Ulubatlı Hasan bersungguh-sungguh mengorbankan dirinya semata-mata untuk memacakkan bendera Ottoman di puncak kubu pertahanan Constatinople.

3) Tentera Ottoman yang keletihan dan berkurangan semagnat juang akibat serangan bertali arus mereka menemui jalan buntu, akhirnya kembali bersemangat sebaik sahaja melihat bendera Ottoman terpacak megah. Manakala semangat tentera Constantinople sebaliknya goyah dan ada yang menjadi lemah semangat.

4) Sebenarnya, ketika tindakan Ulubatlı Hasan memacakkan bendera tersebut, tenteta Ottoman masih dalam keadaan sukar untuk menembusi kubu Constantinople. Hasil berkibarnya bendera tersebut, ia memberi signal kepada pasukan Ottoman dari pelbagai sudut peperangan supaya berusaha sedikit sahaja lagi, Constanitople akan berjaya ditawan. Akhirnya Constantinople berjaya ditawan.

5) Apakah halnya pula dengan menyalakan lambang salib gergasi pada sebuah bangunan di Pulau Pinang? Bahkan ia adalah signal kepada Evangelis seluruh dunia bahawa 'kita' sudah berjaya memacakkan bendera pasukan kita untuk menawan 'kubu' yang kebal untuk dikalahkan ini.

6) Ia adalah signal yang jelas kepada komrad-komrad, para missionaries dan sebagainya bahawa 'kami' sudah membuka laluan kepada kalian, datanglah seterusnya membantu menyempurnakan misi kita.

7) Bagaimana jika umat Islam sedar dan marah akan tindakan 'memacak bendera' tersebut? Usah risau, 'kita' akan bermain psikologi bahawa mereka itu "bodoh dan paranoid", "takkan dengan lambang cross pun takut", "paranoid sampai tak boleh nampak lambang salib" dan sebagainya.

8 ) Kalau nampak huruf T jadi hilang akal, itu paranoid. Jika nampak frame tingkap rumah dikatakan lambang salib, itu paranoid. Tetapi apabila ia bersaiz gergasi, disengajakan dengan menampakkan ianya bernyala terang pada waktu malam, ia bukan paranoid. Ia adalah signal kepada komrad sekeliling bahawa 'kita' sudah berjaya bertapak dengan baik.

9) Jika perkara ini adalah paranoid atau isu bodoh, takkan Mufti Pulau Pinang mahu meminta penjelasan kepada pemaju terbabit. Cukuplah dengan mengeluarkan kenyataan nasihat kepada umat Islam, Jangan Paranoid!.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget