NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kilang kopi 69 tahun diarah tutup kerana najis tikus


Kilang kopi yang beroperasi selama 69 tahun di Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini. 


BUTTERWORTH: Sebuah kilang kopi yang beroperasi selama 69 tahun diarah tutup sementara selepas najis tikus ditemui dalam satu operasi pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Daerah SPU Mohamad Amin Ahmad Zubir berkata, premis tersebut diarah tutup selama 14 hari dan hanya dibenarkan beroperasi untuk melakukan kerja pembersihan sahaja.

"Hari ini notis penutupan adalah di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 di mana premis tidak mematuhi peraturan kebersihan makkilaanan dan diarah tutup selama 14 hari bermula hari ini. Jika terdapat sebarang kerja pemprosesan, mereka boleh didakwa di mahkamah," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, pihak kilang boleh membuat permohonan pemeriksaan semula oleh Pejabat Kesihatan dalam tempoh 14 hari ini dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya berjaya mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.

Katanya, Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang diperoleh perusahaan berkenaan turut ditangguhkan selama 3 bulan selain status halal yang diterimanya sehinggalah kilang itu dibenarkan untuk beroperasi semula.

Dalam operasi yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan SPU membuka 3 kertas siasatan dan melakukan rampasan barangan terkawal bernilai RM13,000 ke atas sebuah premis nasi kandar yang turut menjalankan perniagaan runcit.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasanya Zalina Aziz, pihaknya membuka 3 kertas siasatan di bawah Akta Timbang Sukat 1972, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo