NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah Imigresen


PUTRAJAYA, 13 Jan (Bernama) -- Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Khairul Dzaimee Daud dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Khairul Dzaimee berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan dan keimigresenan.

Katanya pemegang Sarjana dalam jurusan Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga bertanggungjawab terhadap dasar berkaitan hal ehwal imigresen, pengurusan pekerja asing dan hal ehwal pendaftaran negara semasa menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN pada Julai 2018 hingga hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo