Kelantan: Membina Generasi Al Kahfi



GENERASI AL KAHFI
Ucapan Tahun Baru 2019

Allah Taala berfirman,

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Generasi Al Khafi yang dirakamkan dalam Al Quran adalah suatu kumpulan belia yang berani berdepan dengan raja mereka yang berlaku zalim dan menetapkan suatu perintah bahawa rakyat perlu menyembah berhala, menyekutukan Allah, Tuhan Yang Maha esa.

Kumpulan Generasi Al Khafi ini menyatakan pendirian berani mereka tidak tunduk kepada pemerintah dan masyarkat ketika itu yang hidup dalam suasana kesyirikan.

Sempena menyambut tahun baru masehi 2019 ini saya menyeru khususnya warga belia dan beliawanis agar meneladani pemuda generasi Al Kahfi ini dalam erti kata berani dalam menegakkan hak dan tegas menyatakan kebenaran.

Dalam senario Islam yang dikelirukan dengan doktrin-doktrin barat serta yahudi melalui apa yang dinamakan Islam liberal, belia beliwanis sewajibnya memperlengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat yang sebenar tentang ketulinan Islam agar tidak terpengaruh dengan penyelewengan tersebut.

Selamat menyambut tahun baru 2019.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"GENERASI SEJAHTERA"

Hormat dari saya,

WAN ROSLAN WAN HAMAT
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan

24 Rabiul Akhir 1440
1 Januari 2019
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget