Jangan silap baca Tun


oleh: Roslan SMS

Ramai yang berserabut dan tidak dapat membaca apakah maksud PM Tun Dr Mahathir apabila beliau dedahkan darihal peranan penting yang dimainkan oleh DAP dalam kerajaan PH dalam satu majlis di K.Terengganu semalam.

Ia dilihat sebagai satu pengiktirafan dan perakuan besar bahawa DAP ini sungguh berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan sehinggakan kedudukan Tun sebagai PM pun mereka yang tentukan.

Barangkali pentaksub dan pengkagum DAP akan berbangga dan terpesona dengan lambungan luarbiasa Tun itu.

Tun dilaporkan betkata:

“Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. "

Apakah sebenarnya begitu maksud kenyataan Tun itu?

Sedang rakyat khususnya orang Melayu sedar bahawa DAP punya agenda yang lebih memihak kepada kelompok bukan Melayu yang mereka wakili.

Agenda "Malaysian Malaysia" DAP mahu melahirkan sebuah negara Malaysia yang sekular yang memberi hak sama-rata buat semua tanpa ada lagi hak istimewa buat mana-mana pihak.

Urusan kerajaan tiada kaitan dengan agama dan Malaysia wajar punya satu identiti yang pastinya menolak segala Kontrak Sosial yang telah kita angkat selama ini.

Tiba-tiba Tun seakan menyatakan hari ini parti yang punya 42 kerusi di Parlimen itu adalah yang paling berkuasa.

Nampaknya begitu tapi mengenali Tun saya yakin maksudnya tidaklah begitu.

Bagi saya Tun cuba zahirkan mesej yang penting. Ia dibuat di hadapan ahli parti-partinya yang mewakili orang Melayu dan disampaikan pula di negeri pantai Timur yang padat dengan penduduk Melayu.

Hakikatnya walau demikian Tun berseorangan gagah membawa dan menjulang agenda dan kepentingan Melayu Islam.

Walau DAP bertaring tapi Tun ada dan teguh menolak asakkan mereka.

ICERD yang mereka tuntut diratifikasi Tun tolak. Pilihanraya PBT yang mereka perjuangkan pun Tun tolak. Terbaru pengiktirafan UEC pun Tun lengahkan.

Bermakna Tun cuba sedarkan rakyat khususnya orang Melayu, bangkitlah bersatu perjuangkan nasib kamu jika tidak nasib dan masa depan kamu berada dalam tangan DAP.

Biarlah DAP seronok dengan kenyataan Tun itu tetapi kita yang Melayu Islam harus membacanya dengan penuh insaf.

Masakan kita mahu membenarkan hidup kita terus ditentukan DAP. Sedikit sahaja kuasa di tangan mereka sudah cukup mereka bermaharajalela.

Tun dedahkan perkara ini bukan untuk kita bertepuk tangan tetapi lebih untuk kita bangkit berganding bahu memperbetulkan keadaan.

Saya baca begitu tetapi jika anda baca dan melihat ianya isyarat Tun tewas dan tunduk pada DAP, percayalah anda telah silap baca Tun.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget