NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel bunuh 56 kanak-kanak Palestin pada 2018




RAMALLAH, 27 Rabiulakhir 1440H, Jumaat – 2018 terus menjadi tahun paling suram buat rakyat Palestin, khususnya bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman rejim pengganas Israel di wilayah itu.

Sekurang-kurangnya 56 kanak-kanak Palestin dibunuh di 'tangan' rejim pengganas Israel pada tahun lalu, menurut Pertahanan untuk Kanak-Kanak Antarabangsa Palestin (DCIP).

DCIP mendedahkan, rejim Israel menyasarkan serangan terhadap kanak-kanak yang tidak bersenjata dan tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada kerajaan atau rakyatnya.

Katanya, kebanyakan kanak-kanak dibunuh oleh penembak tepat Israel, pesawat serta pasukan keselamatan rejim itu, terutama di wilayah yang diduduki.

"Lima kanak-kanak dibunuh berusia bawah 12 tahun. Di Gaza, 49 kanak-kanak dibunuh oleh Israel dalam aktiviti berkaitan protes Great March of Return.

"Peluru hidup digunakan oleh Israel dalam 73 peratus statistik kematian yang didokumenkan oleh DCIP, selain mencatatkan 140 kes kanak-kanak Palestin yang ditahan oleh pasukan rejim itu," katanya.

Organisasi itu berkata, pasukan rejim turut menahan 120 kanak-kanak di Tebing Barat yang diduduki.- Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo