NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga baharu petrol, diesel ditentukan esok


LANGKAWI: Kerajaan perlu mempertimbangkan permintaan pengusaha stesen minyak sebelum memutuskan harga baharu petrol dan diesel selepas Mesyuarat Kabinet esok, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia menurunkan harga minyak mengikut harga minyak dunia, namun pada masa perlu melihat permintaan pengusaha stesen minyak.

“Kita akan mengadakan Mesyuarat Kabinet esok bagi menentukan harga minyak.

“Kita suka harga minyak turun, tetapi penjual minyak perlu membuat keuntungan kerana jika mereka tidak untung, kita tidak akan ada stesen minyak.

“Jadi kita harus pertimbang antara pembeli dan penjual sebelum buat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas Program Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan harga runcit produk petroleum dikekalkan sebelum penetapan harga baharu akan dibuat sebelum akhir minggu pertama ini.

Berikutan itu, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.

Kerajaan sedia menurunkan harga minyak mengikut harga minyak dunia, namun pada masa perlu melihat permintaan pengusaha stesen minyak. - Foto hiasan

Sementara itu, Dr Mahathir menyambut baik perutusan Tahun Baru 2019 Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, yang mahu masalah antara Malaysia dan negara jiran itu diselesaikan secara konstruktif.

“Hubungan Malaysia dan Singapura adalah baik, namun ada beberapa masalah dan kita selesaikannya melalui rundingan.

“Kita tidak menyelesaikan masalah secara konfrantasi atau kecaman melalui media kerana yakin masalah boleh diselesaikan,” katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo