NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

GLC: 2 MT Bersatu, peguam dilantik

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Rina Harun melantik dua anggota majlis tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang peguam bagi menerajui badan di bawah kementeriannya.

Dalam kenyataan hari ini, Rina berkata kementeriannya mencadangkan pelantikan berkenaan kepada Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan telah mendapat persetujuan.

Anggota Majlis Tertinggi Bersatu Sukiman Sarmani dilantik sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara), sementara seorang lagi anggota majlis tertinggi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi dilantik sebagai pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Sukiman mempunyai pengalaman dalam kajian dan pembangunan, termasuklah di Offshore Oil Production EPMI, Terengganu dan Pembangunan Kualiti Air dengan Jabatan Persekitaran.


Akhramsyah pula dikatakan merupakan pemegang ijazah Imperial College London bagi pengajian kejuruteraan kimia

"Beliau (Akhramsyah) pernah berkhidmat selama 16 tahun sebagai jurutera, perunding dan pengurus di syarikat petroleum antarabangsa," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Haniff Khatri Abdulla, yang pernah menjadi peguam Mahathir, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang.


Haniff merupakan sarjana undang-undang dari London School of Economics dan berpengalaman 19 tahun sebagai peguam.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo