NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gempa gegar barat Iran, 75 cedera


DUBAI: Gempa bumi melanda satu kawasan di barat Iran berdekatan sempadan dengan Iraq semalam, dan mencederakan 75 penduduk, kata ketua perkhidmatan perubatan kecemasan negara itu.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada mulanya menganggarkan gempa tersebut pada magnitud 5.9, tetapi menyemaknya kepada 5.5.

Pirhossein Koulivand berkata, semua 75 mangsa, kecuali seorang, dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan susulan gempa bumi di Gilan Gharib dalam wilayah Kermanshah, menurut lamanweb agensi perkhidmatan kecemasan.

Pada Nov lepas, gempa berukuran 6.3 magnitud menggegarkan barat Iran dan mencederakan lebih 700 orang, dengan kebanyakan mereka cedera ringan.

Iran terletak di atas garis sesar dan kerap mengalami gegaran. Pada 2003, gempa berukuran 6.6 magnitud di tenggara wilayah Kerman membunuh 31,000 orang dan meranapkan bandar bersejarah, Bam.








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo