ECRL: Kelantan harap projek diteruskan walaupun skala kecil


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menyambut baik sekiranya Kerajaan Persekutuan berhasrat menyambung kembali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang digantung pembinaannya pada Julai tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun projek berkenaan diteruskan dalam skala yang lebih kecil ianya akan dapat dinikmati oleh rakyat.

“Kita memberi kerjasama, sebab setakat ini ia sudah bermula di Bachok dan Tunjung, dan kita berharap ianya disambung.

“(Skala) Kecil atau besar terpulang kepada kerajaan pusat, dan ianya memberi impak baik untuk perhubungan kargo,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek ECRL yang mungkin boleh diteruskan dalam skala kecil.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan China masih membincangkan perkara berkenaan dan sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian terbaik.

Jelasnya apa yang dilakukan kerajaan pada masa ini ialah cuba memastikan tidak berbelanja terlalu besar dan China tidak mengalami kerugian.

Terdahulu, beliau merasmikan pembukaan Restoran Nasi Kukus Gerak Khas Z Zamrie milik pelakon Gerak Khas di sini.

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget