China terus hukum umat Islam



BEIJING, 29 Rabiulakhir 1440H, Ahad – China meluluskan undang-undang baharu menyesuaikan Islam dengan sistem sosialisme dan budaya Cina dalam tempoh lima tahun akan datang, lapor akhbar berbahasa Inggeris negara itu, Global Times.

Akhbar berkenaan melaporkan persetujuan melaksanakan undang-undang baharu itu dibuat selepas pihak berkuasa China mengadakan perbincangan dengan lapan persatuan Islam. Bagaimanapun, nama-nama persatuan berkenaan tidak dinyatakan.

China memulakan kempen asimilasi budaya agresif pada tahun-tahun kebelakangan ini dengan kumpulan agama yang pada dahulunya banyak menerima toleransi, namun kini melihat kebebasan mereka mengecil di bawah pemerintahan Presiden China, Xi Jinping, pemimpin China yang paling berkuasa selepas Mao Zedong.

Mengamalkan Islam dilarang di beberapa bahagian di China, dengan terdapat individu yang ditangkap hanya kerana menunaikan solat, berpuasa, menyimpan janggut atau memakai tudung.

Menurut PBB, lebih sejuta umat Islam etnik Uyghur ditahan di kem pengasingan dan pemulihan, di mana mereka dipaksa membenci agama dan menyatakan kesetiaan kepada Parti Komunis yang memerintah secara ateis.

Bukan itu sahaja, sekolah agama Islam dan kelas bahasa Arab juga dilarang dan kanak-kanak dihalang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan.

Ogos lalu, sidang pengarang akhbar Washington Post menegaskan bahawa dunia tidak boleh mengabaikan kempen menentang umat Islam.

Kumpulan hak asasi turut menyatakan bahawa China terbabit dalam kempen pembersihan etnik.

Bagaimanapun, China menolak kritikan berkenaan, dengan mengatakan kononnya negara itu melindungi agama dan budaya minoriti.

Disember lalu, China menutup tiga masjid etnik Hui di barat daya Yunnan kerana didakwa didirikan secara haram.

Penutupan masjid di Weishan itu adalah dalam siri operasi besar-besaran pihak berkuasa China membasmi sekolah bahasa Arab di Ningxi dan Gansu – dua bandar muslim Hui. – Agensi

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget