NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berjoget tradisi bidang kehakiman?


oleh: Idris Hj Ahmad

Hendak berjoget 14 hari 14 malam itu hak awak. Kerana awak kata ini hak privasi masing-masing.  Sebagai mana kenyataan Hanipa Maidin “program makan malam dan tari menari yang dipanaskan tak tentu fasal itu hakikatnya sebahagian tradisi (bidang guaman)”  Tak kisahlah itu, awak punya fasallah.

Yang masyarakat pertikai mereka yang berjoget itu pemegang tonggak keadilan. Kalau hendak berjoget macam itu, tak usahlah pegang jawatan ini. Kalau pun awak kaki joget tolong simpan dahulu, kerana kamu berada di tempat yang sensitif untuk kepentingan awam. 

Istilah yang selalu loyer PH sebut, waktu pembangkang dahulu “ keadilan bukan sahaja hendaklah dilakukan tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilakukan”. Tak tahulah istilah ini telah dinasakhkan setelah PH menjadi kerajaan. Bukankah kerajaan PH hari ini seperti air mutlak suci lagi menyucikan?

Idris Hj Ahmad ialah Naib Presiden PAS
20/1/18

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo