"Ahli Politik Dinasihat Henti Celupar Dan Biadab"

Oleh: JUWAHIR AMIN

1. Sikap celupar dan biadab oleh ahli politik dari PH khususnya DAP dilihat semakin ketara dan berleluasa mutakhir ini, sama ada berjawatan di peringkat nasional, hinggalah ke Cawangan. Terutama setelah memenangi banyak kerusi pada PRU14 lalu serta menerajui pemerintahan kerajaan. 

2. Sedangkan ahli politik selaku pemimpin masyarakat seharusnya perlu menunjukkan contoh dan akhlak yang baik kepada masyarakat. Kerana kita dididik bahawasanya kepimpinan itu melalui teladan. Begitu juga manusia yang baik itu adalah membawa manfaat kepada orang lain.

3. Terbaru, sikap kurang ajar ditunjukkan Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah daripada DAP terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Perlekehan dan keangkuhan terbukanya di media sosial itu adalah keterlaluan dan melampau. 

4. Kami mempersoalkan, mengapa sejak pemerintahan PH terjadinya perkara-perkara yang menggugat dan mengancam seperti ini? Apakah DAP dan rakan sekutunya dalam PH sudah merasa cukup kuat dan kebal hingga berperangai sewenang-wenang dan sombong sedemikian rupa?

5. Rasa tidak senang dalam kalangan rakyat akan kian melebar oleh sikap sebegitu sewajarnya dielakkan kerana ia boleh mengundang pertembungan dan permusuhan. DAP patut mengambil iktibar dari isyarat ditunjukkan rakyat sebagaimana Himpunan Bantah ICERD bulan lalu.

6. Kami menggesa DAP mengawal tindak tanduk dan tingkah laku serta tutur kata ahlinya, serta segera tampil menghadap permohonan ampun kepada Istana Johor dan maaf kepada rakyat. Institusi Istana sebagai antara tonggak tertinggi negeri harus dihormati dan berada dikedudukan sewajarnya.

"Islam Memimpin"

"Terus Mara"

"Mengatur Langkah Memimpin Ummah"


JUWAHIR AMIN ialah Ketua Pemuda ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget